Archive for the SAINS POLITIK Category

Is there an ‘-ism’ uniting the Pakatan Rakyat?

Posted in POLITIK MALAYSIA, SAINS POLITIK on April 29, 2008 by MataHatiJohor

Ceritalah By KARIM RASLAN

After 50 years of Merdeka the people deserve to have choices, and hopefully a two-party system divided by some kind of ideological difference will emerge.

MANY people feel that the Pakatan Rakyat is nothing more than a cynical “marriage of convenience,” an alliance fuelled by a lust for power and money that will crumble within a couple of weeks.

While I have to agree that the Pakatan’s increasing proximity to the apex of power – namely Putrajaya – has made it more united, I’d also argue that there are some powerful ideological forces at work in the three component parties, and that these political philosophies do mesh.

If I am right (but let’s face it, I have been very wrong in the past!) the Barisan Nasional must respond to the Pakatan in an ideological and philosophical manner as well as politically.

Essentially, the Barisan has to figure out where it stands and what it stands for. Mere “politicking” – scare mongering, cancelling and or delaying federal development projects and threatening racial strife – is old school.

Such primordial, Mahathir-era strategies will not work going forward.

Indeed bullyboy tactics will only allow the Pakatan to stress its victimisation – thereby aligning its treatment at the hands of a mean-spirited, ungenerous Barisan with the rakyat’s sense of marginalisation.

This combination could prove fatal for the Barisan’s chances going forward.

Of course, the obstacles dividing the three Pakatan parties are formidable and we are right to be sceptical, but only up to a point. In the past, the Gagasan Rakyat and Barisan Alternatif withered under Mahathir’s scorn and the sheer brute force of the Barisan directed administration.

Certainly, the DAP, PKR and PAS’ difficulties over the formation of the Perak government and the ongoing Karpal Singh vs ‘Everyone Else’ spat over the Islamic State suggests that the Pakatan is by no means out of the woods.

There is no doubt that the “Islamic State issue” will remain the core ideological challenge facing the Pakatan.

Now, all of these concerns are perfectly valid, but a deeper analysis of the historical and ideological roots of the three parties reveals that they have much more in common than we give them credit for.

Let me begin with the DAP. We are all familiar with the DAP’s social democrat origins. As the “Malayan” half of the PAP after the 1965 Separation, the DAP inherited the socialist rhetoric without Lee Kuan Yew’s mean-spirited real politic.

Moreover the DAP has been a long-term member of the Socialist International, the worldwide grouping of socialist political parties that includes both the British and Australian Labour parties.

PKR’s socialist roots are even easier to identify.

The party came about after a merger between Keadilan and Parti Rakyat Malaysia (PRM) in 2002.

The PRM itself was a successor of the old Malay leftist parties, such as the Kesatuan Melayu Muda (KMM) and Socialist Front of the Merdeka era – the late much-loved writer/academic Rustam Sani being an important link in the chain.

The presence of the old PRM leadership within the PKR (such as Deputy President Syed Husin Ali) shows that the latter has more capacity for “socialist” thought then we are willing to acknowledge.

Its worth mentioning at this point the obsessive focus on Umno in our mainstream media has side-lined a newly emerging force, namely, the Malay “left”.

If one wants to understand this world, it’s worth reading work by writers such as the late Rustam Sani, the historian Farish Noor and watching Fahmi Reza’s ground-breaking documentary.

At the same time we shouldn’t forget Anwar Ibrahim and his friends and allies from ABIM (including Kamaruddin Jaffar who’s since become a prominent PAS leader) have had a deep and abiding commitment to social justice and equity, albeit with an Islamist tinge; witness their protests back in 1974 over the poverty and hunger of Baling’s rice-farmers.

While the PKR’s socialist roots are relatively well documented, PAS’ connection with these political ideas is less well known.

The party is often mischaracterised – incorrectly – as a purely Islamicist political force.

However, a deeper examination of the party’s roots will reveal that pre-Hadi Awang, PAS had strong leftist inclinations.

Certainly, it’s often forgotten that prominent Malay “alternative” leaders such as Burhanuddin Helmy once played a major role in PAS.

Today’s PAS is dominated by the ulama and they are generally wary of all “-isms” with the exception of Islam-ism.

Figures such as Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang and the much feared Harun Din have done their utmost to eradicate Burhanuddin and his successor Asri Muda’s contributions to the party.

Nonetheless, the younger generation of PAS leaders – technocrats like Husam Musa, Nizar Jamaluddin and Nasaruddin Mat Isa – are clearly more attune with left of centre issues.

They’ve been careful to identify with the oppressed and the marginalised – the many Malays left behind by the Umno juggernaut – formulating their party’s manifesto around populist issues that resonate on the ground.

Of course over the past decades there has been an on-going vilification of socialism and other leftist ideas, often in the name of “defending” Muslims against the concept of atheism inherent in more extreme political ideologies such as communism.

Still, socialism, populism or social justice – call it what you will – is a vital unifying theme for the Pakatan.

Moreover this kind of rhetoric cuts across racial lines, since the dispossessed are themselves ethnically heterogeneous.

As this becomes the core ideology around which the Pakatan coalesces, I hope that we will in future be able to talk about a “Social Democratic” Pakatan which will in turn force the Barisan to respond by finding its own political “centre”.

Interestingly, the Barisan with its more moneyed, property-owning, aristocratic and traditionalist ethos will evolve hopefully into a Malaysian version of the British Conservative party or indeed the American Republican party – both of which are enormously successful political organisations.

I know this all sounds slightly far-fetched but the prospect of a genuine two-party system divided by some kind of ideological difference is a very exciting prospect and after 50 years of Merdeka the people deserve to have choices.

Ideologies aside though, the final lesson is that both coalitions will need to gradually make their way to the centre if either is to capture enough of the “middle ground” to rule effectively.

TSUNAMI POLITIK MALAYSIA

Posted in SAINS POLITIK on April 27, 2008 by MataHatiJohor

Bagaimana ‘tsunami’ berlaku?

Oleh : Amin Iskandar |

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen.

Selain itu BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique.

Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga “dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN.

Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami.

Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.

Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.

Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga.

Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar.

Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

Mengapakah ini terjadi?

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.

Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan suasana tersebut.

Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil.

Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati.

Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya.

Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya.

Saya menemui beberapa orang teman-teman yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Protes orang Umno

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah diketahui umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.

Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.

Peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah.

Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik. Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi.

Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan pembangkang.

Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakan-rakan di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.

Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu – ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 – dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen.

“BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008).

Mungkin kerana kenyataan ‘sombong’ yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor Anwar Ibrahim

Selepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Saya sempat menyaksikan siri ceramah Anwar di Machang, Kelantan. Ribuan manusia yang majoritinya “berkopiah putih” khusyuk mendengar pidato politik Anwar. Mereka sesekali tergelak ketika Anwar berjenaka.

Di kalangan ribuan yang hadir itu, terdapat juga hadirin yang kelihatan seperti orang Umno. Untuk apa mereka datang, tidak dapat pula saya pastikan. Tetapi ada kemungkinan, orang Umno ini rindukan bekas timbalan presiden mereka.

Strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.

Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar.

Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.

Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?

Gerila Siber

Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.

Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.

Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.

Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan “cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan.

Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN. Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.

Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com, anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog “sosio politik” di Malaysia.

Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.

Hala tuju Umno dan BN?

Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua. Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang.

Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein pada tahun 1973 sebagai satu formula baru selepas kegagalan Perikatan dalam pilihanraya 1969 kini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah “expired”. Kemungkinan besar satu formula baru akan dirancang sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Persoalannya ialah siapakah yang akan mengepalai formula baru ini? Sempatkah Najib mengikut jejak bapanya?
…………………………………………………………….

~Matahati~ Artikel ini merupakan subuah analisa tentang ‘Tsunami Politik’ yang berlaku pada PRU12 yang lalu dari sudut pandang kumpulan yang pro Pakatan Rakyat. Tidak salah kita membacanya sambil merenungkan kalau-kalau ada yang terkena batang hidung kita sendiri. Sayangkan Bangsa Mu

MENYELAMI MAKNA POLITIK BARU

Posted in ARTIKEL, SAINS POLITIK on April 27, 2008 by MataHatiJohor

Oleh : Marzuki Mohamad

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang lalu disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Istilah “tsunami” politik menggambarkan seolahnya telah berlaku satu gempa besar dalam “zon terbenam” politik Malaysia, yang seterusnya menghasilkan satu gelombang mega menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Adakah sepanjang tempoh dua tiga dekad yang lalu telah berlaku pergerakan perlahan “plak-plak tektonik” dalam zon terbenam politik Malaysia, yang seterusnya membuka jalan kepada kemunculan “politik baru” di negara ini? Politik baru ini mungkin muncul dalam bentuk budaya politik baru yang seterusnya membawa kepada perubahan institusi politik.

Professor Loh Kok Wah dan Professor Johan Saravanamuttu dalam buku mereka “New Politics in Malaysia”, sebuah kumpulan makalah akademik yang diterbitkan selepas pilihanraya umum 1999, membicarakan tentang kemunculan budaya politik baru di Malaysia semenjak awal 1990-an.

Budaya politik baru ini, yang dikenali sebagai developmentalisme, menjadikan pembangunan material dan sikap individualis-konsumeris sebagai elemen penting dalam menentukan pilihan politik. Kemunculan budaya politik baru ini menjadikan wacana politik Malaysia tidak lagi didominasi oleh faktor kaum, tetapi diwarnai oleh kontestasi antara faktor kaum, demokrasi berpartisipasi dan pembangunan ekonomi.

Dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia, dominasi wacana kaum telah mewujudkan dikotomi pollitik Melayu-Bukan Melayu yang agak ketara. Misalnya, ketika wacana kaum mendominasi politik negara dalam dekad 1980-an, Barisan Nasional (BN) paling berpengaruh di kawasan majoriti pengundi Melayu. DAP pula dilihat amat berpengaruh di kawasan majoriti besar pengundi Cina.

Trend ini mula berubah dalam dekad 1990-an. Pilihanraya umum tahun 1995 menunjukkan BN, sementara terus mendominasi di kawasan majoriti Melayu dan campuran, turut mengalami peningkatan sokongan di kawasan majoriti Cina. Daripada 25 kerusi Parlimen di kawasan majoriti Cina di Semenanjung Malaysia, BN memenangi 17 kerusi berbanding tujuh kerusi sebelumnya.

Dasar kerajaan yang lebih terbuka dalam isu hubungan kaum, terutamanya yang berkait dengan pendidikan bahasa ibunda dan kebudayaan bukan Melayu, dilihat sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan sokongan bukan Melayu terhadap BN.

Dasar Ekonomi Baru

Sementara itu, kepesatan pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup golongan Bumiputera/Melayu hasil pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), turut mengurangkan risiko ketegangan kaum. Hal ini sedikit sebanyak mengurangkan dikotomi Melayu-Bukan Melayu dalam konteks politik pilihanraya di Malaysia.

Dikotomi Melayu-Bukan Melayu semakin terhakis dalam pilihanraya umum 1999. Politik kaum tidak lagi menjadi isu yang dominan dalam kempen pilihanraya, sebaliknya yang dominan ialah isu-isu bukan kaum seperti demokrasi berpartisipasi, anti-rasuah, pengagihan ekonomi yang adil dan ketelusan dalam pemerintahan.

Terdahulu, gerakan reformasi yang dipimpin oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudiannya Barisan Alternatif, telah mengenengahkan aspek kepelbagaian ras dan budaya sebagai teras utama politik demokrasi di Malaysia.

Walaupun ramai pemerhati politik melihat dikotomi Melayu-Bukan Melayu masih dominan dalam pilihanraya umum 1999, terutamanya yang berkait dengan sokongan pengundi Cina kepada BN yang kononnya membantu parti itu mengekalkan majoriti dua pertiga di parlimen, sementara undi Melayu menyaksikan peralihan ketara kepada Barisan Alternatif, DAP hanya mengalami 0.8 peratus penurunan undi popular di kawasan majoriti besar Cina.

Malah, parti itu berjaya meningkatkan jumlah kerusi yang dimenangi di kawasan tersebut – daripada enam kerusi sebelumnya kepada tujuh kerusi. Undi popular DAP di kawasan majoriti sederhana Cina juga mencatatkan peningkatan dari 39 peratus sebelumnya kepada 43.3 peratus.

Peningkatan ini kemungkinan juga disumbangkan oleh sokongan pengundi Melayu kepada parti majoriti Cina itu. Ini bermakna, sementara faktor kaum masih merupakan salah satu elemen penting dalam politik Malaysia, tidak ada satu kaum pun di negara ini yang boleh dikaitkan sama ada dengan parti pemerintah atau pembangkang. Sokongan kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu terbahagi kepada kedua-dua pihak.

Sementara sokongan kepada DAP di kawasan majoriti Cina terus meningkat dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008, trend pengundian di kawasan majoriti Melayu menunjukkan peralihan sokongan berbolak balik kepada BN dan gabungan PAS dan PKR.

Pengundian rentas kaum

Umno berjaya menarik kembali sokongan pengundi Melayu pada 2004 dengan memenangi 63 daripada 71 kerusi parlimen di kawasan majoriti besar pengundi Melayu. Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan PKR telah mengurangkan penguasaan Umno di kawasan ini kepada 43 kerusi.

Lebih menarik, dalam pilihanraya umum lalu, trend pengundian rentas kaum di kawasan campuran telah mula memihak kepada gabungan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Paling ketara ialah sokongan pengundi India yang selama ini disifatkan sebagai penyokong setia BN.

Pakatan Rakyat telah memenangi 14 daripada 26 kerusi parlimen di kawasan campuran di Semenanjung Malaysia, walhal dalam pilihanraya-pilihanraya umum sebelum ini, tiada kerusi di kawasan ini yang dimenangi parti pembangkang, kecuali satu pada 1999. Pakatan Rakyat juga berjaya menguasai Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang boleh disifatkan sebagai negeri campuran dari segi komposisi etnik pengundi.

Trend pengundian rentas kaum kepada kedua-dua parti BN dan Pakatan Rakyat membuka ruang kepada pembentukan sistem dua parti rentas kaum di negara ini. Dengan syarat kedua-dua parti ini mengambil sikap yang lebih moderat dalam isu-isu hubungan kaum, potensi pembentukan sistem dua parti rentas kaum menjadi semakin cerah.

Dalam sistem dua parti rentas kaum ini, tidak ada satu kaum pun yang boleh diidentifikasikan dengan mana-mana pakatan atau gabungan parti politik. Ini seterusnya boleh mewujudkan iklim pertandingan politik yang sihat dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Dalam sistem dan budaya politik baru ini, tentu sekali soal hubungan kaum akan terus menjadi elemen penting politik Malaysia. Walaupun trend pengundian berubah, perbezaan kaum (communal cleavages) masih wujud. Isu keistimewaan Melayu, pendidikan bahasa ibunda, kebudayaan dan hubungan antara agama akan terus releven.

Namun begitu, kedua-dua gabungan atau pakatan parti-parti politik, yang hampir kesemuanya mempunyai asas kaum tersendiri, perlu menyedari bahawa kelangsungan politik mereka tidak lagi bergantung semata-mata kepada sokongan yang diterima daripada kaum masing-masing. Hal ini berkemungkinan akan mendorong kedua-dua gabungan parti untuk mengambil sikap yang lebih sederhana dalam isu-isu hubungan kaum, tetapi pada masa yang sama, berhati-hati agar sikap tersebut tidak akan dilihat sebagai tindakan mengalah atau “selling-out” kepada kaum lain.

Isu ternakan babi

Di samping faktor kaum, tentu sekali pencapaian merupakan faktor penting yang membezakan antara kedua-dua parti. Keabsahan politik parti-parti ini tidak lagi bergantung semata-mata kepada sentimen kaum atau kesetiaan kepada parti, tetapi kepada keupayaan masing-masing untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Kemunculan golongan pengundi konsumeris-individualis, yang lebih mengutamakan keupayaan kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka – daripada memberi masalah kepada mereka – tentu sekali menuntut parti-parti politik memberi keutamaan kepada ‘prestasi’ daripada sentimen.

Misalnya, isu projek ternakan babi moden di Selangor. Apakah rakyat melihat isu ini dari kaca mata sentimen, iaitu orang Melayu tidak suka kepada babi dan orang Cina, tidak kira apapun, mesti mempertahankan penternak babi; atau dari kaca mata ‘prestasi’, iaitu parti manakah yang berupaya menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran alam di samping memastikan bekalan babi tidak berkurangan?

Politik baru ini tentu sekali tidak muncul dalam satu vakum. Perubahan sosio-ekonomi, proses perbandaran, pemeluasan kelas menengah, kewujudan golongan konsumeris-individualis dan kesedaran terhadap politik demokrasi berpartisipasi yang stabil, memunculkan individu celik politik yang menilai secara kritis tindak-tanduk ahli politik dan dasar parti politik dan kerajaan. Dalam erti kata lain, golongan ini biasanya lebih bebas dalam membuat pilihan politik.

Sementara ramai penganalisis politik cuba memberi rasional kepada kemunculan gelombang tsunami politik dalam pilihanraya umum lalu dengan mengaitkan rantaian faktor peristiwa dan personaliti politik, plak-plak tektonik politik Malaysia – pembangunan ekonomi, proses urbanisasi, pemeluasan kelas menengah dan kemunculan golongan konsumeris-individualis rentas kaum – telah bergeseran sesama sendiri secara perlahan-lahan sejak beberapa dekad yang lalu.

Sementara rantaian faktor peristiwa dan personaliti memberi pelengkap kepada keributan tsunami itu, gelombang tsunami politik itu sendiri merupakan hasil daripada ledakan yang berlaku dalam “zon terbenam” politik Malaysia. Yang perlu diteropong oleh para penganalisis politik ialah sejauh mana ledakan itu telah menyebabkan perubahan struktural kepada lanskap politik Malaysia.

……………………………………………….
~Marzuki Mohamad ialah pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa pusat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Pemimpin perlu faham erti sebenar akar umbi

Posted in SAINS POLITIK on April 22, 2008 by MataHatiJohor

DI sana sini kita mendengar perkataan ‘akar umbi’. Ketika pihak media melaporkan kenyataan ahli politik mengenai konflik dan krisis dalam parti antara perkataan yang disebut ialah ‘akar umbi’. Ucapan pemimpin juga berfokus kepada politik akar umbi, malah masyarakat juga tidak lagi ragu-ragu bercakap mengenainya.

Apa sebenarnya maksud ‘akar umbi’ itu? Jika kita menghayati perkataan itu, ia sebenarnya mempunyai maksud yang jelas berhubung aliran penerimaan dan pemikiran dari peringkat bawah ke peringkat atas. Akar yang mengukuhkan struktur pokok dan akar jugalah yang menjadi tunjang utama kekukuhan pokok itu tegak berdiri dan sukar ditumbangkan angin dan ribut yang melanda kawasan di mana pokok itu berdiri.

Begitulah juga dengan politik akar umbi yang menjadi sumber kekukuhan utama sesebuah parti politik yang pasti kekal dan teguh jika mendapat sokongan ahli di peringkat bawah sehinggalah menjalar kekukuhan itu ke peringkat atas.

Marilah kita hayati teras perkataan ‘akar umbi’ itu secara rasional dan profesional satu persatu;

A – Aspirasi: Setiap parti politik mempunyai aspirasi yang menjadi nadi penggerak ke arah hala tuju parti. Aspirasi parti perlulah mendapat sokongan setiap ahli parti pada pelbagai peringkat bahagian dan cawangan agar setiap aktiviti dan program yang dijalankan menepati teras aspirasi parti.

K – Kepemimpinan: Pemilihan pemimpin pada pelbagai peringkat dalam parti perlulah diterima, diyakini dengan tidak berbelah bagi oleh setiap ahli di peringkat bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak diterima oleh bahagian boleh menggugat kekukuhan parti politik itu. Pemimpin pula perlulah sedar bahawa kedudukan mereka dalam parti hanya akan kukuh dan teguh jika diterima dan diyakini setiap ahli pada pelbagai peringkat dalam parti itu.

A – Amanah: Bukan mudah menjadi pemimpin dalam parti kerana akar dan tunjang kepercayaan ahli kepada pemimpin mereka adalah sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Sekali pemimpin memecahkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, sukar bagi ahli pada peringkat bahagian dan cawangan untuk menerima dan mempercayai pemimpin itu lagi.

R – Reputasi: Pemimpin yang mahu diterima, dihormati dan diyakini ahli pada peringkat bahagian dan cawangan perlulah membina reputasi yang cemerlang dalam parti. Ini dapat dilakukan dengan kerja keras secara positif untuk mempertingkatkan reputasi diri dalam parti dan bukan bergoyang kaki dan hanya sibuk memuji pemimpin lain dengan harapan dapat menumpang kem pemimpin yang dijangkakan mendapat sokongan bahagian dan cawangan. Pemimpin yang tidak mempunyai reputasi diri sukar diterima ahli parti.

U – Usaha: Setiap ahli parti perlulah sehati sejiwa dan seiya sekata dalam memperjuangkan maruah dan masa depan parti. Ahli pada setiap peringkat bahagian dan cawangan perlu meletakkan usaha berterusan untuk menjamin kejayaan parti. Setiap usaha itu hanya akan berjaya jika ahli dan pemimpin bersama-sama berganding bahu memikul tanggung jawab untuk kejayaan parti.

M – Misi: Setiap parti politik mempunyai misi dan visi yang perlu direalisasikan. Usaha merealisasikan misi dapat dilakukan dengan melaksanakan sistem, strategi dan struktur parti dengan berkesan dan sikap ahli yang positif untuk melihat parti mereka berjaya dengan mengenepikan perasaan hasad dengki dengan ahli yang menampakkan potensi untuk maju. Misi parti perlulah diterima ahli di pelbagai peringkat parti.

B – Berjuang: Perjuangan ahli parti dari peringkat bawah dengan keringat dan kesungguhan akan menjadikan sesebuah parti itu gah berdiri di persada politik negara. Setiap ahli dan pemimpin parti perlu berjuang dengan penuh keikhlasan dan ketelusan untuk mengukuhkan kembali parti yang ada kalanya terumbang ambing dipukul badai. Perjuangan parti perlulah menjadi teras perpaduan ahli parti.

I – Inovasi: Parti politik yang mahu kekal maju perlulah berterusan melakukan daya cipta inovasi dalam parti. Ahli parti yang muda perlu dihargai kerana mereka mempunyai idea kreatif dan mampu membawa perubahan minda yang positif kepada parti.

Parti yang mengekalkan pemikiran konservatif dan tidak mahu berubah akan sukar diterima oleh generasi muda yang mahukan sesuatu suasana politik segar, kreatif dan inovatif mengikut kepada perubahan masa depan.

Oleh itu, bagi pemimpin yang mahu terus diterima, dihormati dan diyakini ahli parti di setiap bahagian dan cawangan perlulah menghayati dengan jelas dan spesifik maksud ‘akar umbi’ dan bukan hanya menyebut secara lisan tetapi menghayati dengan penuh keyakinan dan keikhlasan sokongan dan kepercayaan dari peringkat akar umbi dengan fokus yang sebenar.

Ini penting kerana kejayaan pemimpin parti banyak ditentukan oleh penerimaan daripada politik akar umbi.

Prof Madya Dr Rusinah Siron ialah Pensyarah Utama Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Pemimpin korup bijak manipulasi antara kuasa, sifat manusia

Posted in SAINS POLITIK on April 19, 2008 by MataHatiJohor

Oleh Md Asham Ahmad

ANDA mungkin pernah mendengar ungkapan Inggeris power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Ungkapan diperkenalkan ahli sejarah British, Lord Acton, yang secara ringkasnya bermaksud seseorang yang berkuasa akhirnya akan menjadi korup. Ia berlandaskan anggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah jahat dan mementingkan diri. Sesiapa yang berpegang kepada anggapan ini juga percaya ‘kuasa boleh menyebabkan yang salah dianggap betul’. Kebanyakan orang percaya manusia adalah baik secara semula jadi dan benci kejahatan. Mereka memandang pepatah di atas sebagai peringatan serius bahawa kuasa boleh disalah guna. Oleh itu, ia hanya perlu diamanahkan kepada mereka yang boleh dipercayai.

Dalam erti kata lain, kuasa itu bukan baik atau jahat, hanya manusia menggunakannya untuk tujuan baik atau jahat. Oleh itu, mereka membantah apa saja bentuk penyelewengan dan mencari jalan memperbaharui pentadbiran korup atau satu sistem untuk menggalakkan amalan buruk yang merosakkan. Bagaimanapun, kita perlu akui pemimpin korup tidak muncul dengan tiba-tiba dan diberi tanggungjawab secara spontan untuk memimpin masyarakat. Kepemimpinan korup sendiri bukan masalah kita, tetapi ia hasil daripada satu lagi masalah.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam nukilan pentingnya Islam dan Sekularisme, menganalisis dengan mendalam masalah ini dan menyimpulkan bahawa punca semua bentuk penyelewengan adalah ‘pengetahuan yang tercemar’. Analisis dan kesimpulan ini perlu diberi perhatian dan difikirkan semula. Pemimpin korup hanya boleh muncul dan bermaharajalela dalam masyarakat korup. Pemimpin korup ini tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka. Tetapi mereka tetap diberi amanah oleh masyarakat – satu petunjuk yang masyarakat lemas dalam krisis pengetahuan sehingga mereka tidak dapat membezakan antara pemimpin sebenar. Dalam masyarakat seperti ini, pemimpin sebenar tidak dapat diterima dan diberi pengiktirafan.

Walaupun semua orang mahukan apa yang baik, bukan semua mempunyai tanggapan jelas apa ditakrifkan sebagai ‘kebaikan’. Oleh itu, seseorang mungkin diperdayakan oleh individu korup yang boleh memanipulasi sentimen antikorup seseorang untuk berkuasa.

Dalam satu masyarakat demokratik, orang ramai diberi kebebasan memilih kerajaan. Andaian asas ialah rakyat mengetahui secara semula jadi apa yang baik bagi mereka dan hanya mahukan yang terbaik. Oleh itu, mereka hanya akan memilih pemimpin daripada kalangan yang mereka anggap boleh menggalakkan kebaikan secara keseluruhan kepada masyarakat. Ini membawa kita kepada persoalan asas apa yang baik dan buruk, yang betul dan salah, benar dan palsu, yang sebenarnya bukan persoalan baru dan yang wujud sejak tamadun manusia bermula.

Sudah tentu kita ingin tahu gaya hidup macam mana yang kita mahu, masyarakat yang bagaimana kita mahu jalin dan pertahankan serta siapa yang harus mengetuai kita ke arah ini. Jadi, jika pada akhirnya, pemimpin korup dipilih, kita mesti menyimpulkan bahawa wujud penyakit masyarakat. Sama ada mereka kekurangan kapasiti untuk mengiktiraf pemimpin jujur atau mereka tidak berani berbuat demikian, kedua-duanya menjadi akar umbi bagi semua bentuk penyelewengan.

Ahli politik, dulu dan sekarang, terkenal kerana retorik mereka. Mereka tahu tidak ramai cukup bijak untuk menimbangkan hujah dan menentukan bukti yang disampaikan mereka, sama ada ada sahih atau tidak. Hari ini, retorik ditambah dengan kempen pengiklanan dan perhubungan raya digunakan dengan meluas untuk mempengaruhi pendapat umum. Retorik menggunakan bahasa tanpa logik, sementara pengiklanan dan perhubungan raya memanipulasi imej serta perkembangan untuk mengelirukan orang ramai.

Apapun, kebebasan adalah sebahagian dari ciri jiwa kita dan apa yang kita panggil sebagai ‘kebebasan untuk membuat pilihan’ tidak mungkin berlaku tanpa ada pengetahuan. Orang ramai perlu dibebaskan daripada kejahilan. Mereka perlu mempunyai kesedaran akan anggapan, kecelaruan dan percanggahan – ahli politik terhadap isu utama membabitkan mereka. Siapa lagi yang boleh melakukannya dengan berkesan, selain daripada golongan cendekiawan.

Bagaimanapun, ini tidak boleh berlaku jika golongan cendekiawan sendiri korup. Ia lebih buruk daripada ahli politik dan pentadbir awam yang korup. Universiti tidak harus menjadi tempat mengeluarkan pemimpin korup yang tidak mempunyai integriti intelektual dan moral. Seorang profesor berpihak kepada pemimpin politik berkuasa sebenarnya tidak harus mengajar di universiti kita. Mereka akan hanya meneruskan kesinambungan sifat pengecut dan kaki ampu.

Oleh Md Asham Ahmad, Fellow Undang-Undang dan Sains Politik, Pusat Syariah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

KONSEP & TEORI NEGARA

Posted in ARTIKEL, SAINS POLITIK on April 12, 2008 by MataHatiJohor


Sebagai mukaddimah, saya memulakan perbincangan dengan memaparkan beberapa artikel yang berkaitan dengan bidang sains politik yang saya petik semula dari Wikipedia bagi kefahaman asas kepada pembaca…. ~MataHatiJohor~
———————————–

Rencana ini mengenai konsep negara dari aspek politik.

Negara (Bahasa Inggeris: State; Bahasa Perancis: Etat) adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatukawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.

Ia tidak perlu untuk mempunyai satu kerajaan yang tersusun untuk wujud. Dalam sejarah sendiri terdapat ramai kisah negara-negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, satu kerajaan tidak perlu untuk satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.

Pengenalan

Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state(negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state empayar Melaka dan Turki Uthmanniyah yang kuno. Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.

Max Weber dalam buku “Politik sebagai vokasi” (Politics as a vocation) (1918) memberi definasi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, “Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep ‘negara’ tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama ‘anarki’ akan timbul. Maka, negara adalah “satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan.” Dalam definasi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguakuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: “Negara adalah satu-satunya sumber ‘hak’ menggunakan kekerasan”. [1]

Definasi yang diberi Weber adalah penting kerana dia memperkenalkan usul yang negaralah satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini. (Lihat seminal Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985).

Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan mempertikaikan kuasa negara. Errico Malatesta, seorang ahli anarki terkenal, menulis “Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan “Negara” untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini”

Lainnya mengkritik atribusi lain negara moden seperti autonominya atau kedaulatannya. Dalam teori, satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentasi kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. (Lihat Kenichi Ohmae, The end of the nation state, 1996).

Nama dan istilah

Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujuk kepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan.

Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country,nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah:

~country adalah kawasan geografi.

nation adalah budaya atau bangsa (tetapi nationaldan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi hal ehwal states, seperti “national capital” dan “international law”. Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayudengan penggunaan perkataan “kebangsaan” dan “antarabangsa” berdasarkan perkataan “bangsa” merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)

~state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalamundang-undang antarabangsa.

Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.

Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia. (Lihat Negara gagal).

Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri. Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

Etimologi

Dalam Bahasa Inggeris perkataan “state” berasal daripada konsep state atau takhta zaman silam di mana head of state (ketua negara) secara biasanya seorang raja, akan bersantai. Dengan proses metonimi, perkataan state merujuk kepada raja berkenaan dan kuasa yang dimilikinya, miskipun penggunaan pertama tidak lagi digunapakai. Satu bentuk sama adalah konsep kebolehan bangunan kerajaan mempunyai kuasa, seperti “The White House today released a statement…” (“Rumah Putih pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar…”)

Pembentukan Sesebuah Negara

Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.

Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.

Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Tetapi para pemerintahTimur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.

City-state di Greece kuno merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. (Lihat demokrasi Athens).

Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para Greek dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rompula.

Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karektor politik Eropah. Para “barbarian”, iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniture ia menjadi tiga kerajaan kecil dengan Triti Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.

Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.

Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.

Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan “mengikut kehendak paderi”. Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.

Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Baratdi abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.

Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasti kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformation memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant.

Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tigapuluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Triti Wesphalia yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip “cuius regio, eius religio” yang dimeterai di Westphelia dan sebelumnya di Triti Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.

Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil birokrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.

Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. “Tuntutan rakyat” menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. (Lihat sistem politik dan sistem ekonomi).

Peringkat Antarabangsa (Lihat juga: Hubungan antarabangsa)

Kriteria untuk kenegaraan tidak ketara. Selalunya keadaan politik melepasi definasi undang-undang. Tetapi, satu dokumen yang definasinya sering digunakan adalah Konvensyen Montevideo daripada tahun 1933, dengan artikel utama mengatakan:

Satu negara adalah satu rang undang-undang antarabangsa yang mempunyai kriteria berikut:
(a) penduduk tetap;
(b) kawasan pentadbiran yang didefinasi;
(c) kerajaan; dan
(d) kebolehan membuat perjanjian dengan negara lain.

Juga di artikel 3 adalah ketara bahawa kenegaraan adalah bebas daripada pengiktirafan negara lain. Inilah teori pengistiharan kenegaraan. Walaupun Konvensyen Montevideo merupakan perjanjian kawasan benua Amerika dan tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang di luar benua berkenaan, sesetengah orang melihatnya sebagai kenyataan tepat adat undang-undang antarabangsa.

Pada satu pihak yang lain pula, artikel 3 diserang para pemikir yang mendukung teori konstruktif kenegaraan, di mana satu negara hanya wujud jika ia diiktiraf negara-negara lain. Satu contoh dalam amalan adalah ketika kerajaan Somalia runtuh pada tahun 1990an, konvensyen Montevideo akan menakrifkannya sebagai tidak lagi wujud dan pengistiharan republik Somaliland selepasnya akan dapat pengiktirafan sah negara. Tetapi republik ini tidak iiktiraf negara lain dan satu sebab ini adalah harga integriti wilayah di persada antarabangsa. Pengiktirafan kerajaan tidak sama dengan pengiktirafan negara. Negara-negara lain tidak pernah berhenti mengiktiraf Somalia tetapi sebaliknya memilih untuk mengiktiraf dua negara berlainan, Somalia dan Eritrea.

Artikel 1 konvensyen juga diserang oleh mereka yang berpendapat bahawa ia gagal mengambil kira situasi kompleks pendudukan tentera, pemberian wilayah, dan kerajaan yang dibuang negara. Richard W. Hartzell adalah seseorang yang berpendapat sedemikian dengan mengatakan bahawa keempat kriteria diatas harus dikembangkan kepada sembilan. (Lihat Konvensyen Montevideo dan Pendudukan Tentera).

Peringkat Kebangsaan

Dilihat daripada sudut negara individu, ia boleh dikatakan sebagai satu pemusatan organisasi. Mereka yang menkaji dari sudut ini menekankan hubungan antara satu negara dengan rakyatnya. Ahli falsafah politik Thomas Hobbes mengemukakan argumentasi bahawa untuk menggelakkan peperangan diantara pelbagai pihak, kita memerlukan satu “Leviathan”, satu pemusatan kuasa dan organisasi dalam satu negara. Akan tetapi, ramai institusi yang dipanggil “negara” tidak mencapai definasi ini. Sebagai contoh, di negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo, peperangan saudara yang sering berlaku di dalam mereka ini dengan satunya dipanggil “kerajaan pusat” lebih ganas daripada apa yang berlaku sebelum pembentukan sesuatu negara. Kes-kes sebegini dirujuk sebagai “negara gagal”.

Sesetengah negara lagi pula mempunyai kuasa yang besar terhadap rakyat mereka, keadaan yang dipanggil totalitarianisme dengan kes pembunuhan beramai-ramai rakyatnya sendiri pun ada (contoh:Pol-Pot di Kemboja). Negara-negara ini dipanggil “negara-negara pemburu” (Benjamin Polak dan Boaz Moselle (2001), Model Satu Negara Pemburu (A Model of a Predatory State), Journal of Law, Economics and Organisation. pp. 1-33)

Daripada segi ekonomi, satu sifat dasar negara moden adalah regulasi hak milik tanah, pelaburan, perdagangan dan pasaran komoditi (dalam hal-hal makanan, minyak, dll.) dengan menggunakan mata wangnya sendiri. Walaupun ramai negara memberi kuasa ini atas kehendak sendiri kepada blok-blok perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan Kesatuan Eropah ia sentiasa menjadi langkah yang menimbulkan kontroversi dan membuka persoalan sama adalah blok-blok ini sebenarnya merupakan negara-negara yang lebih besar. Kajian ekonomi politik yang berevolusi menjadi kajian ekonomi secara sendirinya dalam zaman moden, menjawab persoalan sebegini dengan lebih mendalam.

Tetapi, walaupun negara dipengaruhi dalam membuat keputusan dan tidak lagi mempunyai pentadbiran mutlak dalam hal-ehwal dalaman, hakikatnya mereka lebih kuat dalam konteks hubungan antarabangsa daripada subdivisi lebih rendah seperti negeri. Tetapi, anjakan sekarang adalah berhaluan ke pemerintahan supernegara dan keadaan ini kelihatan akan terus berlaku. Ramai pada zaman kini, terutama yang mendukung teori konstutisif undang-undang antarabangsa melihat konsep kedaulatan sebagai ketinggalan zaman dan negara hanyalah subdivisi utama dunia. Lihatkerajaan dunia.

Falsafah negara

Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik.

Terdapat empat teori mengenai asas dan justifikasi negara, iaitu:

Kuasa alam – Dalam maksud ini, negara dianggap diberikan oleh satu kuasa yang lebih besar sepertiTuhan untuk “Hak daripada Tuhan untuk Raja” atau wujud secara semulajadi daripada keperluan untuk kuasa tingga atau stabiliti.
Hak semulajadi – Mengikut teori ini, manusia mempunyai sesetengah hak yang “semulajadi” (implikasi penggunaan perkataan ini adalah pelbagai) dan negara wujud untuk melindungi hak-hak itu.
Kontrak sosial – Idea ini mengatakan bahawa negara wujud kerana persetujuan rakyat, iaitu yang diperintah, untuk memberi kepada pelbagai keperluan kolektif yang tidak dapat dipenuhi oleh individu seperti pertahanan, jalan raya, pendidikan, “penjagaan am” dll.

Konflik – Yang paling mudah antara keempat-empat teori adalah teori mengenai konflik, iaitu mengatakan bahawa negara wujud bukan disebabkan satu pilihan, tetapi sebaliknya disebabkan konflik yang ganas. Pelbagai pihak berperang antara satu sama lain untuk mengawal tanah atau sumber alam yang lain, dan pihak yang menang menguatkuasaan pemerintahan keatas pihak yang kalah.

Keempat-empat teori ini boleh membawa kesemua pendapat politik yang wujud. Dalam pengamalan pula, kebanyakan orang dan falsafah politik menerima kombinasi dua atau lebih keempat-empat teori diatas, dengan megemukakan argumentasi bahawa negara lain mempunyai pengasas lain.

Teori konfik pula adalah penggunaan teori yang tidak dipersetujui dengan teori yang dipersetujui untuk membandingkan negara yang sah daripada negara yang tidak sah.

Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme,konservatisme dan anarkisme.

Kontrakarianisme berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai.

Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua “hak” wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi.

Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal “Perjanjian Baru” (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan paralibertarianis yang mahukan negara “minima”. Kenaikan dominasi korporat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam.

Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik – secara spesifiknya idea konflik klas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh kelas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli kelas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi kelas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriaki dan etnik.

Tambahan pula dalam teori Marxis, para kelas-kelas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berkelas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur “hilang” semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, order baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya.

Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki kelas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima kelas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan “semulajadi”. Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini.

Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan.

Inilah teori konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihapuskan. Masalahnya dengan ini adalah “apakah” cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara kelas.

Teori-Teori Terkini Negara

Satu cara berguna untuk memahami debat-debat terkini dalam sains politik adalah mengikuti kata Stephen Krasner (1984).

Mengikut katanya, para saintis politik selalunya mengaji empat konsep negara, iaitu:

1. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya. Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana kumpulan individu ini berinteraksi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan mereka sendiri. (i.e. Kenneth Waltz, Theory of International Politics, 1979)

2. Negara adalah birokrasi awam dan order undang-undang yang diinstitusikan. Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling berperwakilan. (i.e. Robert Dahl, Who Governs?, 1961)

3. Negara adalah kelas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak kelas pemerintah dengan menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia. (i.e. Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State)

4. Negara adalah order norma (Teori simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial. (i.e. Clifford Geertz, Negara: The Theater State in Nineteenth Century Bali, 1980)

Pendekatan-pendekatan ini menekankan pelbagai fungsi berlainan dan atribusi negara dan hatta, memberikan pelbagai penjelasan untuk hasil politik. Walau bagaimanapun, pada hakikat amnya, sains politik kontemporari mengkaji negara sebagai masalah pemerintahan kuasa dan bukan masalah pembahagiannya (pluralisme). Cara paling baik untuk mengkaji negara adalah melalui institusinya, yang menjadi amalan majoriti saintis politik. (institusisme, institisisme bersejarah,institusisme baru). ((Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985)).

Semenjak itu, teori kritikal dalam politik geografi dan perhubungan antarabangsa mewujudkan teori ‘post-moden’ mengenai negara. Ini mengemukakan argumentasi bahawa, dalam satu dunia globalisasi, negara diambil kuasanya oleh aktor antarabangsa seperti NGO, IGO, TNC dan pelbagai aktor masyarakat sivil. Satu pandangan extrem berdasarkan teori ini diperkenalkan Kenichi Ohmae yang menulis buku-buku yang bertajuk Pengakhiran kewujudan Negara Bangsa:Kenaikan Ekonomi Kawasan (The End of the Nation States:Rise of Regional Economies) (Ohmae, Kenichi, Harper Collins, 1995). Satu lagi versi yang lebih serderhana melihat negara sabagai telah bersatu dalam perhubungan, dimana sesetengah kedaulatan dan kawalan telah diberikan kepada badan korporat, organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan seperti Oxfam yang kini terlibat dalam ‘pengawalan’ sesetengah kawasan. (Derek Gregory merujuk negara sebagai rangkaian dalam bahagian 1 daripada bukunya mengenai Perang keatas Keganasan yang dipanggil The Colonial Present, 2004, Blackwell Press).

Lihat juga

Anarki
Negara (budaya)
Hubungan antarabangsa
Negara bangsa
Negara polis
Tujuan kerajaan
Justifikasi negara
Kontrak sosial
Negara kesatuan
Negara kawasan
Statisme

Rujukan

Cassirer, Ernst (1955). tajuk: The Myth of the State, Garden City: penerbit: Doubleday Anchor Books. ISBN 0313237905.
Van Creveld, Martin (1999). tajuk: The Rise and Decline of the State, Cambridge: penerbit: Cambridge University Press. ISBN 052165629X.
McNeill, William H. (1991). tajuk: The Rise of the West: A History of the Human Community, Chicago: penerbit: University of Chicago Press. ISBN 0226561410.
Stepen Krasner, in “Approaches to the State: Alternative Conceptions and Historical Dynamics,” Comparative Politics , (January l984).
Joseph R. Strayer, On the Medieval Origins Of the Modern State (Princeton Univ. Press, 1970).
Charles Tilly, CONTENTION AND DEMOCRACY IN EUROPE, 1650-2000 (Cambridge Univ. Press, 2004), 42-69.
Hendrik Spruyt, THE SOVEREIGN STATE AND ITS COMPETITORS: AN ANALYSIS OF SYSTEMS CHANGE (Princeton Univ. Press,1994),Chs.5, 8.
James C. Scott, SEEING LIKE A STATE (Yale Univ. Press, 1998), 87-102.
Peter Evans, “The Eclipse of the State? Reflections on Stateness in an Era of Globalization,” World Politics, 50, 1 (October 1997): 62-87. 2. April 19
MAX WEBER: ECONOMY AND SOCIETY, V. 2 (Univ. of Calif. Press, l978), 901-910.
Gabriel A. Almond, “The Return to the State,” American Political Science Review 82,3 (1988), 853-74.
Theda Skocpol, “Bringing the State Back In: Strategies of Analysis in Current Research, in Evans et al., 3-37. Georgina Waylen, Introduction, in Vicky Randall and Georgina Waylen,eds., GENDER, POLITICS AND THE STATE (Routledge, 1998).
Linda Weiss, THE MYTH OF THE POWERLESS STATE, 14-40.

POLITIK ?

Posted in ARTIKEL, SAINS POLITIK on April 12, 2008 by MataHatiJohor

Supaya perbincangan sentiasa terarah, kefahaman tentang istilah POLITIK juga amat penting sebagai asas yang mendasari setiap komentar tentang sesuatu isu politik. Terlalu luas makna politik dan terlalu banyak definisi yang telah dicatatkan oleh para sarjana sains politik. Setiap keputusan yang dibuat dalam segenap aspek kehidupan bermasyarakat sehingga bernegara adalah didorong oleh sesuatu matlamat politik. Bagi saya, secara umumnya politik adalah suatu sistem yang dicipta oleh manusia bagi melahirkan ‘masyarakat sempurna’. Secara khusus, apabila membincangkan tentang politik yang berkaitan organisasi yang sedang berkuasa atau sedang memerintah seperti UMNO, saya lebih cenderung kepada definisi yang diutarakan oleh Harold Lasswell iaitu “proses dalam menentukan siapa, mendapat apa, bila dan bagaimana”. Diperturunkan di sini artikel yang berkaitan yang dipetik juga dari Wikipedia….

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Sejarah politik

Genesis Biologi Politik
Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk “hierarki dominans” (dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi Bandar
V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

Penstrataan Institusi Sosial (institutional social stratification(dominance hierarchy))
Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
Percukaian
Penulisan
Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat – bandar.

Sementara perkataan, “Politik” diambil dari perkataan Yunani Polisyang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans (dominance hierarchies ).

Penulisan Politik

Strategi dan Falsafah
Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan “mengapa politik”.

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

“Politik” mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat (debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi “zero-sum game”, dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan “siapa menang, siapa tewas”:

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata “politik adalah proses dalam menentukan siapa mendapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how )”.

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat – dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan – biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah “ethik dilakukan dihadapan umum”, di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, kumpulan pendesak dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan Politik itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, “Polis”, dengan itu istilah ‘Politics’. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, “Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?”. (1) Ditulis semula, ia dibaca, “Bagai mana manusia mengatur haluannya?”. Bagi orang-orang Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete danSparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan “The Communist Manifesto” pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

== Sains Politik ==

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan(Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa(International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Sistem politik dan ideologi-ideologi
Anarkisme –Anarko-kapitalisme –Anarko-komunisme –Aristokrasi –Anti-komunisme–Autoritarianisme– Centrisme Radikal –Definasi Klasik republik –Demokrasi –Fasisme –Federalisme –Hijau –Kapitalisme –Komunisme –Konservatisme –Korporatokrasi –Leftisme –Liberalisme –Liberalisme Klasik –Libertarianisme — Libertarian sosialisme –Marxisme –Meritokrasi –Minarchisme –Monarki –Nasionalisme –Nasional Sosialisme –Oligarki — Post-komunisme –Rasisme –Republikanisme– Sekularisme –Sosialisme –Sosialisme Demokratik –Stalinisme –Totalitarianisme– Teokrasi

Entiti politik
Bandar — City-state — Parti Politik –Konfederasi –Negara –Empayar –Persekutuan –Kerajaan –Nation state –negara polis –Prefecture –Principality –Provinsi –Republik –Negeri — World Government

Falsafah politik
The justification of the state –Social contract theories — Raw is moral philosophy–Consequentialist justifications of the state — The purpose of government –Political virtues –Non-violent_resistance–The Kyklos

Ahli teori politik awal
Plato — Aristotle — Thucydides –Cicero — Saint Augustine –Thomas Aquinas

Ahli teori politik moden
Nicolo Machiavelli –John Calvin –Martin Luther –Baruch Spinoza –Jean Bodin –Thomas Hobbes — John Locke –David Hume –Adam Smith –Jeremy Bentham– the Federalist Papers — Jean-Jacques Rousseau –Immanuel Kant –G.W.F. Hegel –Johann Gottfried von Herder –Alexis deTocqueville –John Stuart Mill — Karl Marx –Friedrich Engels — Max Weber –Lenin

Ahli teori politik kini
David Friedman — Noam Chomsky– John Rawls –Jan Narveson –David Gauthier –Amartya Sen –Jürgen Habermas –James M. Buchanan –Bernard Crick –Michel Foucault — Jane Jacobs –Carol Moore –Antonio Negri –Robert Nozick –Hannah Arendt –Mohandas Gandhi

Lain-lain
Organisasi antarabangsa –Corporate police state — Crony capitalism –Kesatuan Eropah– Pembahagian kuasa — Polis –Propaganda –Politik di Amerika Syarikat– Political spectrum — Parti politik– Ekonomi politik — Political parties of the world — E-democracy –Keganasan –Political Compass– Divide and conquer –Political sociology –Political education — Civic education — List of years in politics

Rujukan
Hesoid, Loeb Classical Library, pg 581

Lihat juga
For politics of a particular country, visitList of politics by country articles
apolitical

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.