NASYID UNTUK SI PENGGILA KUASA

Posted in ANWAR on July 16, 2008 by MataHatiJohor

SELIMUT PUTIH

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu di sanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih membalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan

(Lagu Orkes El Suraya Medan ini juga sebagai renungan dan ingatan untuk kita semua)

Muhyiddin lebih berpeluang menang jawatan Timbalan Presiden UMNO

Posted in MUHYIDDIN, PEMILIHAN UMNO on July 15, 2008 by MataHatiJohor

15/07/2008 2:04pm
KUALA LUMPUR 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya pemilihan bagi jawatan itu dibuat secara terbuka.

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan tanggapan umum yang melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak pernah mempunyai pendirian sendiri.

Beliau turut membayangkan Muhyiddin akan lebih diterima sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli UMNO yang tidak dikongkong oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang luar UMNO berbanding Najib.

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan keyakinannya Abdullah akan memanipulasi mesyuarat Agung UMNO Disember ini agar ahli-ahli UMNO mengundi calon pilihannya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pejabat Pentadbiran dan Biro Pengaduan Awam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini hari ini. – Utusan

Saya tidak tersepit – Muhyiddin

Posted in MUHYIDDIN, NAJIB, PEMILIHAN UMNO on July 14, 2008 by MataHatiJohor

MUAR 13 Julai – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, beliau tidak pernah berasa dirinya tersepit atau berada dalam dilema berikutan pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau tidak terjejas dengan tindakan ramai pemimpin UMNO yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Malah, sebagai salah seorang pemimpin tertinggi parti, beliau juga tidak berasa tergugat dengan senario politik ketika ini, sebaliknya percaya beliau perlu terus bersuara untuk menyampaikan luahan rakyat selagi diperlukan.

Mengenai kedudukannya dalam parti, Muhyiddin berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sejak tiga penggal lalu kerana beliau masih mempunyai tempoh untuk memikirkan hal itu semasak-masaknya.

Apa yang penting, kata beliau, jawatannya dalam parti bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya untuk ahli-ahli parti kerana ahli-ahli UMNO mengharapkan pemimpin yang boleh bersuara.

“Apa yang saya suarakan selama ini adalah untuk UMNO dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Saya tidak memaksa orang untuk memilih atau mencalonkan saya tetapi jika rakyat mahu saya terus bersuara, saya akan terus berbuat demikian demi kepentingan negara dan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Serentak UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar Pagoh dekat sini hari ini.

Muhyiddin menambah: “Saya juga tidak pernah berada dalam dilema atau tertekan dalam soal perebutan jawatan dalam parti. Bagi saya, jawatan atau kedudukan itu tidak penting, namun selaku pemimpin dalam UMNO saya akan terus bersuara bagi meluahkan apa yang dimahukan oleh rakyat demi kepentingan orang Melayu.”

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin yang menyebut beliau merupakan pemimpin yang kini berada dalam dilema apabila Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Najib pada Jun 2010.

Selain itu, keputusan pucuk pimpinan parti agar jawatan nombor satu dan dua dalam parti itu tidak dicabar menyebabkan Muhyiddin tidak dapat bertanding ke jawatan yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama, pengumuman sembilan pemimpin UMNO untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti termasuk yang terbaru semalam yang dibuat oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga dilihat seolah-olah mengecilkan peluang Muhyiddin untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pelan peralihan kuasa yang diumumkan Perdana Menteri merupakan langkah yang sesuai bagi beliau (Abdullah) menangani situasi politik dalaman dan luaran termasuk masalah-masalah rakyat sebelum menyerahkannya kepada timbalannya.

Katanya, orang melihat pelan peralihan kuasa itu daripada pelbagai tafsiran berbeza. “Ada yang kata bagus dan ada juga yang kata terlalu lama,” ujar beliau.

Bagi dirinya, kata beliau, tempoh itu memang agak panjang kerana dalam masa dua tahun persoalan timbul adakah keadaan politik dan ekonomi akan menjadi pulih atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, Perdana Menteri juga memerlukan masa untuk memulihkan keyakinan rakyat sebelum beliau menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya (Najib). Kita tidak mahu semasa Abdullah menyerahkan jawatannya itu, pelbagai masalah timbul akibat politik yang masih tidak stabil.

“Apa yang penting ialah dalam tempoh dua tahun itu, apakah pengisiannya dan bagaimana Perdana Menteri dapat memberikan tugas-tugas yang penting kepada timbalan beliau untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh penggantinya,” jelasnya.

Muhyiddin pada masa yang sama turut mengulangi pendiriannya bahawa gesaan supaya berlaku peralihan kuasa itu yang dicadangkan oleh beliau sendiri suatu ketika dahulu bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi parti dan ahli-ahli UMNO.

~MataHatiJohor~ : UMNO terpaksa menerima Ku Li sebagai Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden. Maka akan berakhirkah riwayat politik Datuk Seri Najib lantaran politik play safenya ?

Anwar tidak hadir ke IPK beri keterangan

Posted in ANWAR, KONSPIRASI LIWAT ANWAR on July 14, 2008 by MataHatiJohor


14/07/2008 3:16pm

KUALA LUMPUR 14 Julai _ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijualkan memberi keterangan berhubung kes liwat melibatkan dirinya, tidak hadir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur hari ini.

Peguamnya SN Nair ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil menegaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK.

Berpuluh wartawan dan jurugambar berkumpul di IPK berkenaan apabila dimaklumkan Anwar akan memberi keterangan pukul 2.30 petang ini berhubung laporan beliau meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Adnan pada 26 Jun lalu. – Utusan

~MataHatiJohor~ : Begitulah Anwar Ibrahim Si Penggila Kuasa itu. Sudah tentunya apabila pihak Polis menahannya kerana tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa, Polis dan Kerajaan yang akan dipersalahkan. Kenapa Anwar? Berani kerana benar – Takut kerasa salah.
………………………………………………………………….

TERBARU : POLIS AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR : Maka Si Penggila Kuasa ini tidak akan berseorang ketika ditahan Polis nanti melainkan diiringi dengan ribuan penyokong fanatiknya. (Kemungkinan Kumpulan GAY juga akan turut serta membantah penahanan Anwar nanti.) Kah Kah Kah Kah @ pun penyokong fanatiknya itu sememangnya pengamal seks luar tabiee… Nauzubillah…

ANWAR : SUMPAH ADA SYARAT

Posted in KONSPIRASI LIWAT ANWAR on July 7, 2008 by MataHatiJohor

Anwar sedia bersumpah tetapi bersyarat

PETALING JAYA 6 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat dengan syarat ia dibuat di bawah bimbingan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara.

Walaupun beliau bersedia bersumpah, dari segi pendirian beliau tetap berpegang pada pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

Menurut Anwar, sejak dahulu beliau memang bersetuju untuk membersihkan namanya menggunakan cara syariah jika kerajaan membenarkan beliau berbuat demikian.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini berdepan dengan dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mendakwa hasrat tersebut pernah diluahkannya semasa menghadapi tuduhan liwat yang pertama pada 1998.

“Saya minta dibawa ke Mahkamah Syariah pada tahun 1998, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak.

“Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Anwar dan Mohd. Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar bermubahalah sebagai jalan penyelesaian kepada isu itu yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.

Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

“Tunggulah kenyataan Mufti Perak itu keluar nanti,” katanya.

SUMBER : UTUSAN

~MataHatiJohor~ : Nak dibicarakan di mahkamah bersyarat. Nak diajak ber MUBAHALAH pun letakkan syarat. Macamana kalau semua penjenayah yang dituduh merasa dirinya hebat dan meletakkan pelbagai syarat. Sekiranya syaratnya tidak dipenuhi, maka semua sistem yang ada didakwa tidak adil. Apakah definisi keadilan bagi dirinya. Adakah apabila keputusan berpihak kepada dirinya baru dikatakan adil. Hanya Allah jua yang Maha Adil.

ANWAR ENGGAN JAWAB CADANGAN BERSUMPAH

Posted in ANWAR, MUBAHALAH, PETUALANG AGAMA DAN BANGSA on July 5, 2008 by MataHatiJohor

TAKUT BERSUMPAH ? Takut juga Anwar dengan laknat Allah.

06/07/2008 1:14am

BUTTERWORTH 5 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ’bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

“Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu (tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan daripada mereka yang kecewa dengan politik,” katanya. – Bernama

ANWAR SANGGUP KE MAHKAMAH BERSYARAT


06/07/2008 12:24am

BUTTERWORTH 5 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan liwat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan syarat hakim yang mengendalikan kes berkenaan adil dan telus.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mahu kerajaan memastikan polis yang menyiasat kesnya adalah individu yang berwibawa.

“Saya tidak takut, saya tidak akan lari, malah saya akan lawan habis-habisan.

“Kalau mereka (kerajaan) ada bukti, saya (bersedia) ke mahkamah jika ada hakim yang berwibawa dan polis yang menyiasat juga berwibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di tapak Expo Seberang Jaya di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan isterinya, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 15,000 orang itu, Anwar secara peribadi menganggap tuduhan liwat itu sebagai sesuatu yang jijik.

Anwar challenges authorities to take him to court

Saturday July 5, 2008 MYT 11:47:31 PM
BUTTERWORTH: PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged the authorities to take him to court if there is solid evidence against him on the latest sodomy allegations.

He said the Government should first ensure a fair trial and select only judges who were credible and not those who could only say “correct, correct, correct.”

Anwar reiterated that the latest sodomy allegations against him were a conspiracy by his enemies to kill him politically and to shut him up.

He also questioned the credibility of Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail over the sodomy case as he had lodged a police report against them.

Anwar also denied any link with the United States. He was speaking to a large crowd during a ceramah at the Seberang Jaya expo site here Saturday night.

MUBAHALAH : NIK AZIZ SETUJU MUFTI PERLIS

Posted in MUBAHALAH on July 5, 2008 by MataHatiJohor

KOTA BHARU 4 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikaitkan dengan kes liwat supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata, perkara itu merupakan ikhtiar terakhir sekiranya Anwar tidak mempercayai sistem keadilan negara.

“Memang patut kedua-duanya bermubahalah, dalam Islam pun ada, kita ajak ramai-ramai sembahyang hajat dan bersumpah dan kalau siapa salah biar Allah tunjukkan.

“Dalam al-Quran pun disebut dengan jelas mubahalah, mungkin Mufti Perlis ‘serabut perut’ tengok keadaan macam ini (tuduh-menuduh),” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang meminta Anwar dan Mohd. Saiful ‘bermubahalah’ atau bersumpah setelah isu liwat itu kini menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama meminta semua pihak menghentikan tuduh menuduh kerana ia membawa kepada keburukan.

“Tuduh menuduh dalam Islam besar dosanya, senang saja kita tuduh liwat atau zina sedangkan tuduh cabul kehormatan menjatuhkan maruah orang.

“Kalau ada bukti bawa pergi ke mahkamah, jangan tuduh menuduh depan ramai, sekarang ada surat khabar lagi teruk, seluruh dunia tahu, Malaysia ini macam dah tidak ada maruah,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam masalah dalaman negara, beliau dengan tegas menolaknya sambil menyifatkan kuasa besar dunia itu sebagai bapa kepada segala kejahatan.

“Campur tangan Amerika memang tidak boleh, buat apa… Ingat Malaysia budak-budak, dia (AS) orang tua.

“Dia (AS) itu bapa kepada kejahatan, bunuh orang setiap hari di Iraq. Lebih jahat daripada manusia yang jahat, buat apa nak kacau kita,” ujarnya.

SUMBER : UTUSAN

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.