Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu


Pada jam 9 pagi, 12hb. April 2008, hari Sabtu, Sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai Barisan Bertindak Perpaduan Melayu akan menganjurkankan Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Dikhabarkan kira-kira 250 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang akan diwakili oleh kira-kira 3000 orang perwakilannya tanpa mengira fahaman politik dijangka akan hadir. Dan bersempena majlis tersebut, satu forum bertajuk ‘Memperkasa Perpaduan Melayu Untuk Kesejahteraan Negara’ akan juga diadakan.

Seharusnya kita semua mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pertubuhan ini kerana prihatin dengan perkembangan politik bangsa Melayu yang kelihatan begitu gawat pada ketika ini. Kemungkinannya perhimpunan ini diadakan sebagai ‘tindakan cepat’ bangsa Melayu untuk menyatukan semula bangsanya yang kelihatan sudah berpecah selepas PRU12 bulan lalu.

Perhimpunan ini juga sebenarnya boleh menjadi bukti bahawa UMNO sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk menjadi pertubuhan yang menyatukan bangsa Melayu???. Walhal UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dengan tujuan untuk menyatupadukan seluruh tenaga dan usaha bangsa Melayu bagi menentang Malayan Union yang dirasakan akan menafikan Ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini. Apakah perkara ini dapat dirasai oleh Pemimpin-Pemimpin Tertinggi UMNO? Atau mereka ini akan datang ke perhimpunan ini, masih dengan keangkuhan pangkat dan jawatan dalam UMNO yang sedang disandang sedangkan hakikatnya UMNO, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, pertubuhan yang mereka pimpin itu sudah tidak mampu lagi menyatukan bangsa Melayu, sudah tidak lagi mampu menjadi sandaran bagi menjaga kepentingan masa depan bangsanya.

Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi suatu wadah yang jujur, ikhlas, telus dan tulus dalam membincangkan masalah-masalah dan masa depan umat Melayu. Janganlah dibiarkan usaha yang murni ini dicemari dengan mereka yang tidak ikhlas dan berniat jahat bagi kepentingan pribadi mahupun kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu semata-mata. Golongan sebegini sebenarnya mudah dikesan oleh pihak penganjur. Golongan ini dahulunya ketika mempunyai kedudukan di dalam UMNO, sudah biasa bermaharajalela dengan kuasa yang mereka ada. Ketika berkuasa, mereka ini tidak pun bersungguh-sungguh memperjuangkan agenda Melayu. Tetapi hari ini, apabila mereka sudah tidak lagi terpilih atau dipilih, mereka berubah menjadi begitu baik sekali. Segala yang pernah mereka sendiri lakukan dahulu kepada bangsa Melayu menjadi jahat apabila dilakukan oleh orang lain. Orang @ bekas Pemimpin seperti ini tidak akan memberi sumbangan apa-apa kepada matlamat Majlis Perhimpunan Perpaduan Melayu. Mereka ini boleh diumpamakan seperti nila yang boleh merosakkan susu sebelanga. Sayangkan Bangsa…

~MataHatiJohor~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: