Melayu Perlu Ada Kumpulan Pendesak Yang Kuat

KUALA LUMPUR 12 April – Orang Melayu perlu mempunyai sebuah kumpulan pendesak yang khusus dan kuat demi memastikan hak serta kepentingan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Ismail Hussein berkata, jika melihat kepada cabaran-cabaran semasa terhadap bangsa Melayu, penubuhan kumpulan seumpama itu sebenarnya tidak boleh dilengahkan lagi.

Katanya, Insya-Allah pada kongres umat Melayu yang akan diadakan di Johor Bahru 2 Mei ini, usaha menubuhkan kumpulan pendesak akan diperincikan daripada segi peranan dan hala tujunya.

”Saya berharap jika boleh kumpulan pendesak ini diberi status sebagai sebuah parti politik tetapi ia tidak akan terlibat secara langsung dalam pilihan raya, cuma kedudukan itu penting bagi mendapat pengiktirafan.

”Ini seperti peranan kumpulan pendesak yang diwujudkan di Turki dan ia didapati berjaya,” katanya ketika menjadi ahli panel Forum Memperkasakan Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Negara di sini hari ini.

Forum berkenaan diadakan pada Perhimpunan Perpaduan Melayu anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang merupakan gabungan 25 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Antara pertubuhan Melayu dan Islam yang mendukung penubuhan BBPM ialah Gapena, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: