APA ADA KISAH !!! SAPA PERINTAH PUN SAMA SAJA !!!


Ada yang berpandangan sebegini. Malah katanya sudah ramai yang berpandangan sebegini. Orang Melayu sendiri pun sudah berani berpandangan begini. Mereka seolah-olah tidak berhutang kepada Kuasa Politik Melayu selama ini.

Ada juga yang berpandangan generasi hari ini berhutang dengan generasi akan datang akan nikmat yang sedang kita kecapi hari ini. Semua yang ada pada hari ini adalah perancangan yang telah dilakukan oleh generasi sebelum kita. Kita pula generasi hari ini harus memastikan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Ini soal tanggungjawab.

Persoalannya, adakah bangsa Melayu tidak merasa terkilan melepaskan ketuanannya sebagai penduduk asal negara ini kepada kaum lain dengan begitu sahaja. Apakah kejayaan Perjuangan UMNO menentang gagasan Malayan Union yang hanya memberikan tempoh selama 15 tahun kepada ‘keistimewaan Melayu’ sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.

Sebagai orang Melayu, adakah anda rasa anak-anak anda atau anak-anak jiran anda atau anak-anak saudara anda di kawasan pedalaman benar-benar sudah mampu untuk bersaing dengan anak-anak dari kaum lain pada masa depan.

Sebagai orang Melayu, adakah anda rasa bahawa kaum anda telah menguasai ekonomi di dalam negaranya sendiri @ orang Melayu masih ketinggalan.

Sekiranya orang Melayu mempunyai kuasa politik, salahkan mereka gunakan kuasa politik itu untuk menegakkan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang memberikan keistimewaan kepada bangsanya untuk maju… kerana ini satu-satunya tanahair kita.

Sebagai orang Melayu, adakah anda sedar bahawa Kuasa Politik Melayu yang telah mendorong kerajaan untuk memperbanyakkan institusi pendidikan dalam negara dari peringkat rendah hingga yang paling tinggi. Agar, anak-anak Melayu tidak ada alasan untuk tercicir dari mendapat pendidikan yang terbaik. Salahkah ditetapkan kuota bagi kemasukan ke IPTA bagi memastikan anak-anak Melayu paling banyak mendapat tempat berbanding kaum lain.

Sebagai Melayu, adakah anda sedar bahawa UMNO yang mencadangkan agar diwujudkan Sekolah2 Berasrama Penuh & kolej2 Matrikulasi agar dapat anak2 Melayu yang cerdik diberikan kemudahan sebaik mungkin untuk mereka mengembangkan bakat yang jika dibiarkan akan berkubur begitu sahaja.

Adakah kita sedar bahawa Matrikulasi dan UiTM adalah suatu dari strategi Kuasa Politik Melayu untuk menambahkan jumlah profesional Melayu dalam bidang2 kritikal yang telah kita sendiri lihat hasilnya.

UiTM, ajhirnya menjadi Universiti Melayu terbesar dengan kampus cawangan di seluruh negara.

Salahkah Kuasa Politik Melayu melakukan ini untuk Bangsa Melayu… pribumi asal Tanah Melayu ini.

Salahkah jika Kuasa Politik Melayu sering mengatakan bahawa Melayu masih ketinggalan sebagai alasan untuk terus menolong orang Melayu… menolong kita…anak2 kita….cucu cicit kita bangsa Melayu.

Hari ini orang Melayu sendiri marah apabila Bangsanya ditolong. Hari ini orang Melayu sendiri rasa terhina apabila diberikan keistimewaan sebagai tuan kepada tanahnya sendiri.

Apakah pula kini alasan yang hendak digunakan oleh Kuasa Politik Melayu untuk Membantu Bangsanya???

Ingatlah, sejak kita merdeka, sesuatu hak milik Melayu yang telah terlepas tidak pernah dapat dikembalikan semula. Kita pernah kehilangan sebuah negeri…. Apakah nasib Melayu & agama Islam di negeri tersebut ketika ini???

Kita bertanggungjawab mewariskan negara ini kepada generasi masa depan anak cucu kita.

Jangan sampai suatu hari, anak & cucu kita beramai-ramai kencing di atas tanah perkuburan kita, menyalahkan kelalaian, kesilapan & kegagalan kita mempertahankan hak-hak yang sepatutnya mereka warisi dari keturunan nenek moyang mereka. Kesengsaraan mereka adalah kerana kegagalan generasi kita!!!

~MataHatiJohor~ : Sayangkan Bangsa Mu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: