PAK LAH : TAK PERLU UMNO BAHAGIAN BUAT EGM ???

MataHatiJohor~ : Buletin Utama TV3, 28hb. April 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur Bahagian UMNO yang sibuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi membincangkan permasalahan parti selepas kemerosotan sokongan rakyat pada PRU12 yang lalu.

Beliau menyifatkan semua pihak sudah tahu sebab-sebabnya dan menggesa semua ahli dan pemimpin UMNO meneruskan khidmat kepada rakyat dan mengelakkan persepsi rakyat yang melihat UMNO hanya sibuk dengan permasalahan sendiri dan tidak melaksanakan amanah dan tenggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat.

Apa tidaknya, semua bahagian UMNO yang mengadakan Mesyuarat Agung Khas rata-ratanya menggesa Pak Lah untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri. Malah resolusi terpenting dari setiap Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan sehingga kini adalah mendesak Pak Lah untuk menyegerakan proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib.

Antara dua bahagian UMNO yang lantang menyuarakan desakan ini adalah UMNO Bahagian Batu Pahat yang dipimpin oleh YB Dr Mohd Puad Zakarshi dan UMNO Bahagian Cheras yang diketuai oleh Syed Ali Al Habshee.

Persoalannya, adakah Pak Lah masih belum dapat membaca mesej yang sedang cuba disampaikan oleh ahli & pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi.

UMNO adalah sebuah parti yang telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis. Setiap pengalaman khususnya yang pahit tidak akan pernah dilupakan oleh setiap ahli UMNO. Ahli UMNO telah dilatih untuk sayang & taatkan pemimpin sejak dari dahulu lagi. Sikap ini adalah merupakan satu dari kekuatan yang dimiliki oleh UMNO.

Oleh kerana tidak mahu memalukan pemimpin sendiri, maka ahli memberi mesej secara berhemah dan bersopan. Mereka sayangkan pemimpin tetapi mereka sayang parti dan bangsa melebihi sayang mereka kepada pemimpin.

Hari ini mereka telah menghantar mesej yang cukup jelas. Andai mesej ini tidak dapat difahami oleh Pak Lah dan Pak Lah terus pula bercakap dengan nada sombong seperti yang saya lihat di Buletin Utama sebentar tadi, saya yakin dah penuh percaya, Pak Lah telah memilih untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama akan diMALUkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini.

Saya yang pada awal blog ini menyatakan Ku Li tidak layak untuk merawat UMNO, hari ini menyeru, demi untuk memastikan UMNO terus relevan sepanjang masa, jika tiada pemimpin lain yang berani mencabar jawatan Presiden UMNO untuk menggantikan Presiden yang sudah tidak relevan itu, Maka sokongan harus diberikan kepada Ku Li sebagai pemimpin yang berani untuk menyuarakan pandangan ahli di peringkat akar umbi untuk melihat UMNO dapat dipulihkan sebelum tibanya PRU13.

(Masih mengharap Tan Sri Mahyuddin Yassin untuk terus bersuara dan bertindak menyelamatkan UMNO).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: