PIAGAM KONGRESS PERMUAFAKATAN MELAYU

Berikut merupakan piagam Kongres Permuafakatan Melayu yang mengandungi pelbagai tuntutan bagi mempertahankan kedudukan Melayu seperti yang telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene. Ia dikeluarkan melalui Kongres Permuafakatan Melayu yang telah diadakan di Persada Johor Bahru.

Piagam ini telah termaktub di Johor Bahru
Pada 27 Rabiulakhir 1429 H
bersamaan 4 Mei 2008 H

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

PIAGAM KONGRESS PERMUAFAKATAN MELAYU

Mukadimah

Kewujudan Bangsa dan Persekutuan Malaysia adalah berpaksi dan berteraskan Kedaulatan Melayu, bermaksud kuasa pemerintahan dan pembentukan negara yang berkesinambungan, bersendikan proses sejarah yang panjang, mempunyai tradisi yang berterusan dan segala persetiaan yang menjalin perhubungan di antara kerajaan dan rakyat Melayu;

Rukun Perjuangan Melayu

Persekutuan Malaysia sebagai negara berdaulat adalah natijah kesinambungan sejarah, tradisi dan persetiaan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Demi kedaulatan dan keutuhan negara dan bangsa maka dimaktubkan prinsip prinsip berikut:

1. Menjunjung kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri sebagai undang undang muktamad dan sahih tentang kewujudan bangsa dan Persekutuan Malaysia;

2. Mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan segala natijahnya, dalam kewujudan bangsa dan negara;

3. Menjaga, memelihara dan mempertahankan institusi Raja Raja Melayu dan kedaulatannya sebagai tonggak kewujudan Persekutuan Malaysia;

4. Mempertahankan sistem politik negara yang berlandaskan raja berpelembagaan, pemerintahan berlandaskan demokrasi serta kedaulatan rakyat;

5. Menjunjung kedaulatan undang undang sebagai landasan keadilan, pentadbiran dan pertahanan demi kesejahteraan bangsa dan negara;

6. Memperjuangkan prinsip kesaksamaan pengagihan, penyertaan dan pemilikan kekayaan ekonomi negara berlandaskan peruntukan undang undang;

7. Memastikan kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk kewarganegaraan yang taat setia sepenuhnya kepada bangsa, dan negara;

8. Menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk menyatupadukan seluruh rakyat, dan sebagai wahana keiltnuan untuk memertabatkan peradaban Malaysia;

9. Membina kebudayaan dan kesenian kebangsaan berteraskan unsur unsur kepribumian dan penyesuaian unsur unsur kebudayaan lain.

Rukun Perjuangan Melayu ini adalah piagam perjuangan dan pegangan berterusan lagi kekal abadi unluk seluruh umat Melayu.

WabilahitaufikWalhidayah

Termaktub di Johor Bahru
pada 27 Rabiulakhir 1429 H
bersamaan 4 Mei 2008 M

Tuntutan Bangsa Melayu

Kongres Permuafakatan Melayu yang bersidang pada 2 dan 4 Mei 2008, bersamaan dengan 25 27 Rabiulakhir, 1429 Hijriah, di Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim yang dihadiri oleh 2100 peserta dan 200 Pertubuhan Melayu dengan ini sepakat dan bertekad membuat tuntutan tuntutan berikut:

PERLEMBAGAAN

i. Mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan bangsa. Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ii. Menentang segala pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan bangsa, Melayu di dalam Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan Malaysia;

iii. Menentang segala tafsiran sewenang wenang, yang bersifat memilih terhadap fasal fasal Perlembagaan Persekutuan Malaysia bagi tujuan kepentingan peribadi dan perkauman.

POLITIK

i Memohon MaJlis Raja Raja Melayu menyempumakan tugas, tanggung jawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh Kedaulatan Melayu;

ii Menentang tafsiran hak asasi manusia dan proses demokrasi yang mengenepikan Kedaulatan Melayu;

iii Mendesak supaya. peruntukan Perlembagaan dan Undang Undang Tubuh mengenai pentadbiran negara dikekalkan;

iv Menentang usaha untuk mempolitikan pentadbiran pihak berkuasa tempatan demi memelihara kesejahteraan seluruh rakyat;

v Memperkasakan keupayaan sistem pertahanan dalam menjaga keselamatan negara, kesejahteraan bangsa, dan kemuliaan agama;

vi Memperjuangkan peranan prinsip Kedaulatan Melayu sebagai teras dan ideologi parti parti politik Melayu dan menolak segala ideologi asing berkenaan Malaysian Malaysia;

vii Mendesak proses pembinaan bangsa Malaysia mengikuti visi dan landasan Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri;

viii Mendidik seluruh lapisan bangsa Melayu mengenai ketahanan dan pengisian Kedaulatan Melayu sebagai asas kewujudan negara Malaysia;

ix Menuntut parti parti politik Melayu sentiasa memperjuangkan dan membentuk pemikiran strategik dalam tindakan mengekalkan ketahanan dan kelangsungan Kedaulatan Melayu;

x Menuntut pemimpin Melayu meletak jawatan jika ucapan, usulan dan segala tindakan mereka melemahkan Kedaulatan Melayu, memecah belahkan sesama Melayu dan menyebabkan kehilangan hak yang sah bangsa Melayu;

xi Mendesak kerajaan supaya persempadanan semula kawasan pilihanraya mestilah berdasarkan kepada kedaulatan politik Melayu seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan;

xii Memastikan pembangunan perumahan di semua kawasan tidak melemahkan kuasa politik Melayu,

EKONOMI

i Menuntut perlaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan;

ii Menuntut dilaksanakan penyusunan semula pemilikan ekonomi bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar kemiskinan dan penghapusan kegiatan ekonomi berasaskan kaum;

iii Menuntut penglibatan sepenuhnya orang Melayu di dalam agenda transformasi semua sektor ekonomi yang terancang dengan pelaksanaan yang bersungguh sungguh oleh kerajaan;

iv Mendesak supaya pembangunan industri kecil dan sederhana Bumiputra dalam semua sektor ekonomi sebagai asas untuk pembentukan kelas perdagangan dan perindustrian Bumiputra;

v Mencadangkan kepada seluruh agensi dan badan bukan kerajaan ekonomi Melayu membina model perbankan, kewangan dan perdagangan untuk membimbing masyarakat Bumiputra menjadi pengusaha pemilik industri kecil dan sederhana;

vi Memperluaskan gerakan Shad Ekonomi berasaskan dua matlamat besar, pertamanya untuk membentuk pendorong dinamik dan memperkasakan bangsa Melayu hingga tercapai sasaran 65% penguasaan dan kedua,
menyusun semula sistem ekonomi supaya lebih adil dan saksama bagi menzahirkan ciri ciri sistem ekonomi halal;

vii Menuntut kerqjaan meneliti konsep wakaf dan mengamalkan konsep ini berkaitan saham dan keuntungan syarikat syarikat yang berkaitan kerajaan.

viii Mendesak kerajaan supaya setiap syarikat berkaitan kerajaan dijadikan hak Melayu, berdiri sebagai organisasi korporat Melayu dan tidak sesekali diswastakan.

ix Membina strategi bagi meluaskan penyertaan pertubuhan koperat Melayu untuk menguasai sistem ekonomi negara dan antarabangsa;

x Memastikan pembangunan tanah wakaf, tanah simpanan Melayu dan tanah adat Melayu kekal pemiliknya ditangan orang Melayu dan menggantikan tanah tanah simpanan orang Melayu yang telah diambil mengikut peruntukan undang undang.

xi Mendesak kerajaan mempertingkatkan gerakan meneguhkan integriti dan menghapuskan rasuah.

xii Mendesak kerajaan supaya memastikan hak kedaulatan ekomi Melayu dan keselamatan dan ketuanan negara di koridor pembangunan wilayah.

xiii Memastikan semua syarikat milik kerajaan membayar zakat perniagaan untuk sebagai pembangunan ekonomi Islam di negara ini.

ISLAM

i Meluaskan tafsiran prinsip Islam sebagai hikmah kehidupan, teras pemikiran dan sistem perundangan negara;

ii Menuntut kerajaan memperkasa akidah daripada serangan tafsiran tafsiran menyeleweng serta bidaah, cabaran ideologi dan pengaruh fahaman agama lain;

iii Menuntut pemeliharaan segala syiar Islam sebagai landskap negeri dan Negara dan mengawal perluasan perlambangan agama lain yang melampaui kedudukan dan peranan Islam sebagai Agama Persekutuan;

iv Menuntut kawalan berkesan terhadap pembinaan rumah ibadat agama lain mengikut prinsip keperluan sebenar saiz komuniti dan lokasi;

v Menuntut supaya tindakan undang undang diambil secara tegas dan cepat terhadap kegiatan kegiatan menghina, mencabar dan menceroboh kemuliaan dan kesucian Islam;

vi Menuntut supaya pemimpin Melayu meneruskan usaha penerapan nilai nilai Islam secara berhikmah, bermaruah dan bertanggung jawab dalam struktur, proses dan amalan pengurusan negara;

vii Mendesak supaya semua institusi masyarakat, formal dan tidak formal meningkatkan usaha dan kegiatan untuk membela anggota masyarakat Islam yang menghadapi segala kelemahan diri, masalah keluarga dan kehidupan sosial;

viii Menolak gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ix Mendesak tindakan segera dan berkesan terhadap gerakan dan amalan agama agama yang mengancam keamanan dan keharmonian negara.

BAHASA MELAYU

i Menolak usaha sebarang pihak untuk mewujudkan dasar multilingualism di negara ini;

ii Menuntut pengekalan fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan;

iii Mendesak supaya digunakan Bahasa Melayu yang betul dan tepat dalam semua penggunaan di sektor awam dan swasta;

iv Memastikan kedudukan Bahasa Melayu menjadi bahasa. utama dalam pembinaan ilmu dan menggalakkan penterjemahan ke bahasa Melayu dan; menghapuskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai media pengajaran
disemua institusi pengajian tinggi;

v Menuntut dasar pengajaran dan peperiksaan mata pelajaran sains dan metamatik dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu;

vi Menuntut semua rakyat dan pemimpin Malaysia supaya fasih berbahasa. Melayu dalam pertuturan, urusan rasmi dan urusan harian dan juga dalam hebahan awam, notis, poster, pemidang, rentang, Wan, namajalan dan segala kegunaan awam lain;

vii Menggalakkan penggunaan tulisan jawi sebagai satu daripada bentuk tulisan Bahasa Melayu;

viii Memastikan wajib lulus Bahasa Melayu untuk melayakkan para pelajar naik tingkatan.

ix Mendesak diwujudkan satu dasar penerbitan buku berbahasa. Melayu dan kepustakaan Melayu.

x Mempertegaskan akta Bahasa Kebangsaan dan melaksanakan penguatkuasaan yang telah ditetapkan.

PENDIDIKAN

i Memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan disemua peringkat pendidikan;

ii Menuntut pengukuhan penggunaan bahasa kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana komunikasi dan keilmuan bagi mencapai matlamat pembinaan bangsa;

iii Memastikan supaya jurang perbezaan penyampaian pendidikan dihapuskan di seluruh negara;

iv Mendesak pengaiaran ilmu pengetahuan kenegaraan yang berlandaskan Rukun Negara diajar disemua peringkat persekolahan dan pendidikan tinggi;

v Memastikan semua sistem pendidikan swasta mengutamakan unsur kebangsaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka;

vi Mendesak ujian lisan Bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan dilaksanakan;

vii Mewajibkan kelulusan Bahasa Melayu sebagai syarat kelayakan untuk meneruskan pengaJian disemua peringkat;

viii Mencadangkan ditubuh institusi pengajian bahasa bahasa antarabangsa;

ix Mendesak supaya pengajaran dan pendidikan Bahasa Melayu mencapai tahap kefasihan.

x Menuntut supaya hak keistimewaan Melayu berkaitan biasiswa dan bantuan pendidikan dan latiban dilaksanakan sepenuhnya dan tidak ada apajua tindakan yang berlandaskan Perkara 153.

xi Menuntut supaya kemasukan pelajar pelajar Melayu ke dalam bidang pengajian kritikal hendaklah berasaskan kepada sistem kuota komposisi demografi negara.

SOSIAL

i Memastikan supaya generasi muda Melayu mendapat pendidikan tentang sejarah dan kefahaman tentang patriotisme supaya dapat melestarikan sejarah perjuangan Melayu;

ii Menggalakkan generasi muda menyertai gerakan dan agenda Melayu.

iii Mengembleng keupayaan wanita Melayu dalam semua aspek kepentingan Melayu.

iv Menggerakkan jihad ilmu dalam institusi keluarga melalui strategi yang berkesan.

v Mendesak orang orang Melayu yang kaya untuk menyumbangkan kewangan untuk membentuk dana pendidikan bangsa Melayu,

vi Mendesak media utama memperjuangkan hak Melayu dan membina nilai nilai
mumi.

BUDAYA

i Menolak sekeras kerasnya gagasan, dasar dan pelaksanaan multiculturalism yang menggunakan tafsiran serong Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

ii Menuntut Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai landasan citra dan imej kebangsaan dan antarabangsa;

iii Membina identiti kebangsaan rakyat Malaysia berlandaskan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan di peringkat kebangsaan disamping membenarkan identiti kaum di peringkat tempatan;

iv Memastikan proses sosialisasi nilai nilai bersama masyarakat Malaysia berpaksikan kepada nilai nilai sejagat Melayu Islam;

v Menerapkan nilai Islam dan budaya kebangsaan sebapi asas amalan mendalam dan bermakna anggota masyarakat Malaysia;

vi. Membentuk ketahanan budaya dikalangan generasi muda supaya mampu bersaing ditahap global.

v Memperjuangkan jati diri (identiti Melayu) sebagai pengenalan bangsa. Melayu yang ditakrif dalam perlembagaan.

KETETAPAN KHAS

Kongres Permuafakatan Melayu bersetuju sebulat suara menubuhkan Mqjlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) dan sekretariatnya bagi tujuan pelaksanaan semua tuntutan, pertahanan dan pengisian Kedaulatan Melayu di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: