ANWAR PERTAHAN KARPAL


~MataHatiJohor~ : Akhirnya tembelang Anwar Ibrahim ‘Si Penggila Kuasa’ itu terdedah. Tulisan saya sebelum ini tentang Anwar dan Pakatan Pembangkang terbukti benar. Anwar mengesahkan dakwaan saya bahawa hanya UMNO yang mampu mempertahankan maruah dan martabat Institusi Raja-Raja Melayu.

Tidak mustahil, sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya ‘merampas’ Kerajaan Persekutuan, Institusi Raja akan tersimpan di muzium untuk selama-lamanya. Atas desakan dan sanjungan DAP, tidak mustahil juga, Anwar ‘Si Penggila Kuasa’ itu tentu akan bersetuju dengan desakan DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Republik dengan Anwar sebagai Presiden dan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri.

Si Penggila Kuasa ini akan menerima apa sahaja situasi asal sahaja DAP mahu mengiktirafnya – mengiktiraf cita-citanya yang terdesak untuk berkuasa memandangkan kemungkinan hayatnya yang semakin singkat kesan ‘keracunan arsenik dan suntikan HIV’ semasa menjadi orang tahanan dahulu.
……………………………………………………………………………………

KUALA LUMPUR 13 Mei – Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak adalah pendirian yang bermotifkan politik, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, pembangkang tidak perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyokong kenyataan itu jika ia benar-benar berasaskan kepada pendapat yang tulen dan tidak mempunyai kepentingan tertentu.

“Ia sudah terlewat. Mengapa ambil masa yang begitu lama nak menyokong. Saya percaya apabila ia dilakukan selepas beberapa hari diulang oleh Karpal, ia dibuat bersandarkan kepada pertimbangan politik,” katanya mengulas tindakan pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang parti itu menerima penjelasan Karpal atas alasan kenyataan itu tidak bermaksud menyinggung raja-raja Melayu.

One Response to “ANWAR PERTAHAN KARPAL”

  1. Anonymous Says:

    dasar tak sedar diri, ingat karpal sing tu nak membela bangsa melayu ke? anuar nko ni ngan benazir bhutto sama saja, abis anak beranak nko suma giler kuasa, nepotism? — nepotism tahap GABAN.

    -pink

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: