TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO


TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar parti bersamanya. Bagaimanapun beliau menasihatkan “ahli yang keluar Umno tidak menyertai parti lawan dan masuk semula Umno apabila Abdullah meletak jawatan”.

ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk “Nasib Kedudukan Bangsa Melayu” di sebuah hotel di sini hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

“Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno),” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: