"DURI DALAM DAGING"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 – 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.
POSTED BY DR. MAHATHIR MOHAMAD AT 6:54 AM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~MataHatiJohor~ said…
YAB Tun,

Betul apa yang Tun Kata. Saya masih teringat lagi Puan Hajjah Fatimah Hitam dan rombongan UMNO Johor Bahru yang pergi ke rumah Tun waktu pagi sebelum subuh walaupun pada awalnya tidak dibenarkan oleh Polis yang mengawal kediaman Tun. Tetapi Hajjah Fatimah Hitam Ketua Wanita Johor Bahru yang juga adik Tun Musa merayu dan minta bercakap melalui telefon dengan YAD Tun Dr Siti Hasmah.

Kerana ketinggian budi pekerti Tun, Tun menerima kunjungan mereka waktu itu yang sebenarnya dihantar sebagai utusan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru bertujuan merayu budi bicara Tun untuk menarik balik hukuman penggantungan Dato Shahrir dan En Salimin Kesut yang didakwa sabotaj calon ADUN Tanjung Puteri, YB Mohamad Kasbi.

Akhirnya mereka berdua dilepaskan dari hukuman penggantungan tersebut. Dan kemudiannya Hajjah Fatimah dikalahkan oleh calon yang lebih digemari oleh kepimpinan UMNO Bahagian Johor Bahru.

Syabas Tun. Hajjah Fatimah Hitam menceritakan sendiri kepada saya bagaimana baik dan mulianya Tun berdua ketika menerima rombongan mereka pada pagi-pagi ‘buta’ itu.

Hari ini, apabila pemimpin sudah tidak bertuankan perjuangan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebaliknya mengambil individu dan pemimpin tertentu sebagai tuan, mereka tidak lagi berani menegur kepincangan tuan mereka walaupun tuan mereka sedang menjerumuskan UMNO dan bangsa Melayu ke ‘gaung yang tidak boleh bangkit lagi’ (mengambil kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dirgahayu Tun. Ahli UMNO kecil tetap berdiri teguh disamping perjuangan Tun.

Wassalam.

MAY 22, 2008 8:24 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: