"MALAYSIA for MALAYSIAN" : IDEOLOGI DAP SUDAH DITERIMA GERAKAN

~MataHatiJohor~ : Dalam kekalutan UMNO menghadapi keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah 62 tahun parti ini, rakan UMNO dalam Barisan Nasional iaitu Parti Gerakan sudah mula menetapkan halatuju baru parti tersebut menerusi 8 strategi penjenamaan semulanya seperti yang saya lampirkan di bawah ini.

Menurut Koh Tsu Koon-lapan strategi tersebut yang berkonsepkan MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA adalah bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda yang mempunyai semangat dan ideologi baru.

Cuma yang menjadi persoalan dalam fikiran penulis : apakah bezanya konsep MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA yang mendasari 8 strategi baru Gerakan ini dengan konsep MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA yang selama ini diperjuangkan oleh DAP?

Konsep MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA juga telah disebut oleh Presiden MCA baru-baru ini. MIC juga tidak ketinggalan menyebut konsep yang sama ketika Presidennya mengumumkan juga tentang penjenamaan semula parti MIC.

Konsep MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA yang diperjuangkan oleh DAP selama ini ternyata cuba menolak apa yang telah dipersetujui melalui kontrak sosial seperti yang telah termaktub di dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini telah dengan jelas dizahirkan oleh Lim Kit Siang baru-baru ini setelah pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 yang sering diperolehi oleh Barisan Nasional selama ini. Lim Kit Siang mengajak semua pihak menilai semula kontrak sosial yang telah termetri ketika negara Malaysia moden ini mula dibentuk dahulu.

Persoalan yang cuba penulis tonjolkan di sini adalah : adakah trend terbaharu rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional terutamanya 3 komponen terbesar iaitu MCA, MIC dan Gerakan yang mula menyebut ungkapan MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA ini adalah berupa suatu sambutan positif terhadap seruan Lim Kit Siang agar kontrak sosial dikaji semula?

Jika telahan penulis ini benar, maka ianya merupakan suatu cabaran yang amat dahsyat buat UMNO dan orang Melayu pada tahun-tahun yang mendatang ini. Kita pernah dan seringkali melihat kerjasama dan kesatuan fikiran di antara parti yang berasaskan ethnik cina iaitu MCA, Gerakan dan DAP dalam hal-hal yang berkaitan dengan kaum mereka terutamanya yang melibatkan isu-isu pendidikan. Maka tidak mustahil mereka boleh berpakat sekali lagi bagi bersama-sama berjuang menegakkan konsep MALAYSIA UNTUK ORANG MALAYSIA yang cuba menafikan ‘keistimewaan Melayu’ sebagai bangsa pribumi di bumi Malaysia ini.

Penulis meramalkan akan wujud situasi mencabar yang begitu dahsyat kepada UMNO dan Orang Melayu adalah kerana pada ketika itu, hanya UMNO yang sedang sakit tenat yang terpaksa terus berjuang dan mempertahankan maruah orang Melayu sebagai bangsa pribumi manakala PAS dan Keadilan, demi keghairahan mereka untuk berkuasa akan menerima apa sahaja yang telah diputuskan oleh Pakatan Pembangkang. Buktinya adalah PAS, Keadilan dan UMNO sering tidak sehaluan dan lebih menonjolkan perbezaan perjuangan masing-masing daripada memikirkan persamaan sebagai parti yang dianggotai oleh ramai orang-orang Melayu.

Sekiranya orang Melayu terus membiarkan UMNO menjadi semakin lemah dengan melengahkan proses perubahan kepimpinan maka malapetaka besar akan pasti menimpa bangsa Melayu. Kepimpinan Melayu dalam UMNO pada hari ini begitu lemah sehingga menyebabkan rentetan peristiwa hitam dalam sejarah orang Melayu akan berulang. Budaya menafikan masalah yang dihadapi selama ini menyebabkan UMNO semakin kehilangan sokongan. Kesilapan Pemimpin no 1 UMNO yang kononnya mahu memulakan era keterbukaan membawa padah apabila tidak mampu mengawal keterbukaan yang digalakkannya. Keterbukaan menimbulkan pelbagai persoalan termasuk perkara yang sensitif dan bersifat kekeluargaan tetapi tidak mampu dijawab oleh Pemimpin-pemimpin UMNO dengan telus dan terbuka sehingga rakyat mula sangsi dengan Barisan Nasional.

Sama-samalah kita renungkan satu persatu dari 8 strategi parti Gerakan seperti yang saya sebut tadi. Apakah kesannya kepada perjuangan untuk mendaulat dan memartabatkan agama, bangsa dan negara di bumi Malaysia ini.

Orang Melayu khususnya pemimpin-pemimpin parti politik Melayu harus cepat sedar dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan malapetaka yang lebih besar menimpa bangsa pribumi yang pernah terjajah selama lebih 450 tahun dahulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gerakan menggariskan lapan strategi utama penjenamaan semula parti berusia lebih 40 tahun itu dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat berbilang kaum terhadapnya.

Lapan strategi itu ialah:

* Menyuarakan kedudukan polisi dan meneliti isu-isu nasional. (Dahulu mereka merasa tersepit dengan dasar-dasar Barisan Nasional dan terpaksa berdiam bagi mengelakkan hilang sokongan dari pengundi Cina)

* Menjadi parti yang berkesan sebagai pembangkang di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

* Memperkukuh kedudukan parti dan bersifat lebih berkuasa. (Setelah mereka gagal, mereka ingin bersifat lebih berkuasa. Persoalannya : lebih berkuasa dari sudut apa?)

* Mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan.

* Meningkatkan jumlah ahli.

* Menaik taraf program latihan politik untuk pemimpin parti.

* Merombak pengurusan dan organisasi parti.

* Memperkukuh kemahiran komunikasi dan perhubungan awam.

Selain itu, kata Tsu Koon, pelaksanaan strategi berkenaan dijangka dapat menarik perhatian golongan muda yang mempunyai semangat dan ideologi baru.

Katanya, konsep yang cuba diperkenalkan oleh parti itu adalah Malaysia untuk orang Malaysia.

Beliau berkata, semangat dan ideologi baru adalah perlu untuk memperkukuhkan parti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: