UPDATE HUJUNG MINGGU


Saya sekali lagi ingin mengesahkan bahawa berita TERKINI : NAJIB- PRESIDEN MUHYIDDIN-TIMBALAN yang saya tulis di blog saya ini adalah dipercayai sangat benar kesahihannya.

Dari perbualan dengan beberapa orang Yang Berhormat pada hujung minggu yang lalu, mereka semua mengakui bahawa perkara ini telah bocor sebelum pengumuman rasmi akan dibuat oleh Datuk Seri Najib sedikit masa lagi.

Majlis Tertinggi UMNO telah sebulat suara mendesak Pak Lah berundur demi masa depan UMNO dan orang Melayu. Oleh kerana desakan MT telah dibuat secara sebulat suara, ini membuatkan Pak Lah terpaksa menerima desakan dan difahamkan beliau tidak akan mempertahankan Jawatan Presiden UMNO dan akan memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib bagi jawatan Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin pula sebagai Timbalan Presiden.

Pengunduran Pak Lah yang dijangka akan berlaku sebelum November ini tentunya akan menyelesaikan sebahagian besar masalah UMNO khususnya di dalam memulihkan persepsi rakyat terhadap UMNO yang telah dicemari dengan isu campurtangan keluarga PM khususnya menantunya Khairi Jamaluddin dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya. Ini tentunya sangat membantu memulihkan imej UMNO selain menyebabkan Pembangkang akan kehilangan modal politik yang besar dan berkesan.

Sehingga waktu itu, penulis mengharapkan kepada semua pembaca khususnya Rakan KPUMaya dan MyKMUJohor agar mula memfokuskan kepada perjuangan merealisasikan pelan peralihan kuasa ini seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

Untuk makluman semua, sejak beberapa bulan yang lalu, pihak Pembangkang telah pun mula menyerang keperibadian Datuk Seri Najib dengan menghebahkan tuduhan-tuduhan tanpa bukti bagi menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Najib. Saya menyeru agar kita semua di sini tidak terpengaruh dengan turut sama menyebarkan tuduhan tersebut dan menjadi agen secara tidak langsung kepada Pembangkang.

Saya mengharapkan semoga KPUMaya dan MyKMUJohor akan benar-benar menjadi benteng kepada UMNO di dalam menyerang balas tohmahan dan tuduhan tanpa bukti dari pihak Pembangkang yang merupakan matlamat sebenar kewujudan KPUMaya dan MyKMUJohor di dunia cyber ini.

Salam Perjuangan.

Sayangkan Bangsa – Nescaya Kamu Sentiasa Memberikan Yang Terbaik Untuk Bangsa Mu.

One Response to “UPDATE HUJUNG MINGGU”

  1. Salam.

    Yang mana satu nak pakai ni….adakaah pemimpin2 ingin bersendiwara, ulasan Najib dari London bahawa dia tak akan mencabar President.
    Kalau Najib takde telog…biar TS Muyiddin cabar Pak Lah Bodowi

    Pergi jahanam dengan budaya lapok yang mengjahanamkan Melayu, Islam dan tanahairKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: