GERBANG SELATAN BERSEPADU


~MataHatiJohor~ :Hari ini, Tun Dr Mahathir di dalam weblognya http://www.chedet.com telah membuat satu lagi pendedahan. Kali ini berkenaan dengan Projek Gerbang Selatan Bersepadu. Penulis sebenarnya juga telah menulis artikel berkenaan projek ini beberapa hari yang lalu berdasarkan dari pengalaman seorang bekas kakitangan ke 2 Gerbang Perdana Sdn Bhd yang ditempatkan di site Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB).

Sebagai liaison officer yang lebih kepada menguruskan soal-soal politik dan kebajikan penduduk yang akan dipindahkan termasuk Flat Lumba Kuda, Flat Bukit Chagar dan Kuarters Kerajaan, beliau telah terlebih dahulu diberikan taklimat dan penjelasan yang lengkap bagi memudahkan beliau memahami bidang dan tanggungjawab kerjanya. Taklimat berkenaan projek GSB itu terima sendiri dari YB Datuk Yahya Jalil, MD Gerbang Perdana SB.

Melalui taklimat tersebut, pegawai tersebut difahamkan betapa pentingnya projek GSB dan Jambatan Bengkok kepada perkembangan ekonomi Negeri Johor khasnya dan Malaysia keseluruhannya. Projek ini menjadi perhatian khusus Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dengan mengklasifikasikannya sebagai ‘fast track’ projek.

Projek GSB yang akan membina sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan Jambatan Bengkok adalah merupakan suatu Perancangan Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang bagi Negeri Johor khasnya dan Malaysia keseluruhannya terutamanya di dalam menghadapi persaingan Negara Singapura yang kerapkali mengamalkan pendekatan ‘KIASU’ apabila berurusan dengan Malaysia.

Mengikut perancangan awal Projek GSB ini, keseluruhan Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah Jambatan yang mempunyai ketinggian 25 meter, sama seperti Jambatan di Second Link bagi membolehkan kapal-kapal perdagangan merentasi Selat Tebrau dan dapat terus ke Pelabuhan Johor tanpa perlu mengelilingi pulau Singapura.

Perancangan Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang ini sebenarnya merangkumi beberapa kawasan lain yang telah lebih awal dinaikkan taraf terlebih dahulu iaitu Pelabuhan Johor, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan juga jaringan system pengangkutan keretapi di antara Pelabuhan Johor – Lapangan Terbang Sultan Ismail – Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Terdapat juga suatu perancangan untuk membina sebuah lebuhraya baru yang dikenali sebagai ‘Dedicated Elevated Highway’ yang akan menghubungkan terus CIQ ke Lapangan Terbang Sultan Ismail. Dedicated Elevated Highway ini sekiranya berjaya dilaksanakan akan dibina di atas landasan keretapi sedia ada dan akan melibatkan kos yang tinggi dan mempunyai risiko kepada keselamatan Negara. Ini adalah kerana semua kenderaan berat yang datang dari Singapura tidak perlu untuk berhenti di CIQ GSB sebaliknya sebuah lagi CIQ khas akan dibina di Senai bagi kenderaan berat tersebut.

Namun begitu cadangan ini dibatalkan begitu sahaja. Penulis difahamkan Syarikat yang bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek ini terpaksa membatalkannya kerana usahanya untuk mendapatkan Projek membina Jambatan dari GPSB tidak Berjaya. Projek ini juga menghadapi tentangan banyak pihak atas alasan keselamatan Negara.

Satu lagi projek yang termasuk di dalam perancangan ini adalah ‘The Missing Link’ iaitu lebuhraya yang akan menyambungkan Lebuhraya Kempas terus ke CIQ melalui ‘interchange No 3’. Projek ini adalah bertujuan untuk mengatasi kesesakan Bandaraya Johor Bahru apabila keseluruhan GSB siap dan mula beroperasi. Kenderaan dari Singapura yang mahu ke luar dari Negeri Johor tidak perlu memasuki Bandaraya dan begitu juga sebaliknya kenderaan dari utara Johor yang mahu memasuki Singapura tidak perlu bersesak-sesak melalui jalan-jalan utama Bandaraya Johor Bahru.

Di pihak Singapura memang menyedari bahawa keseluruhan projek ini akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi Singapura. Kewujudan Pelabuhan Tanjung Pelepas sahaja sudah membuatkan Singapura kehilangan sumber ekonomi apabila beberapa syarikat gergasi perkapalan telah memindahkan operasinya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas disebabkan tawaran yang lebih menarik dengan kos yang lebih murah.

Akhirnya Singapura menolak cadangan untuk merobohkan Tambak Johor untuk digantikan dengan sebuah Jambatan dengan ketinggian 25 meter. Memandangkan kepentingan projek GSB ini kepada pembangunan ekonomi untuk rakyat Johor, Tun Dr Mahathir telah bertegas bahawa projek GSB ini akan tetap diteruskan walaupun Malaysia terpaksa merobohkan hanya Tambak Johor yang berada di kawasan kedaulatan Malaysia sahaja.

Umum memang mengetahui bahawa Singapura survive dari kelemahan Negara-negara jirannya.Apakah strategi yang digunakan sehingga Kerajaan Malaysia membuat keputusan membatalkan terus projek GSB ini? Bolehkah dikaitkan Kalimullah sebagai ‘Musuh Dalam Selimut’ dan ‘Duri Dalam Daging’ yang mempengaruhi keputusan Kerajaan Malaysia ini?”

……………………..BERSAMBUNG…………………………………….
Pembatalan Jambatan Bengkok

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.

Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat.

Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan

Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia

2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar

3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro

4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak.
Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar. Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.
Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang.

Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

POSTED BY DR. MAHATHIR MOHAMAD AT 2:16 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: