HARIMAU UMNO – SHAHIDAN KASSIM

Sukacita dimaklumkan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim juga sudah mengendalikan blognya di http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/ Penulis sempat meninggalkan komen kepadanya seperti di bawah semasa melawat blognya sebentar tadi.
………………………………………………………

Tahniah kerana Datuk Seri pun dah menceburkan diri dalam dunia blogging. Sepatutnya dari dahulu lagi pemimpin2 UMNO melakukan perkara ini.

Kami di Kelab Maya UMNO pernah membangkitkan kepentingan perang saraf melalui ruang cyber semenjak Tok Pa jadi ketua Penerangan lagi – tetapi dipandang sepi.

Untuk makluman Datuk Seri saya juga adalah salah seorang anak buah Datuk Seri di Kompleks Wilayah dulu semasa Datuk Seri menjadi Pengerusi Backbenchers Club.

Saya amat mengharapkan agar Datuk Seri benar2 menjadi Harimau UMNO dalam mana semua pemimpin lain menjadi kaki ampu dan kaki bodek kepada PM. Saya amat yakin dengan perwatakan Datuk Seri.

UMNO sedang dalam permasalahan yang sangat berbahaya. Jika semua pemimpin UMNO masih tidak berubah – alamat pupuslah UMNO pada PRU13 nanti seperti kata Tan Sri Sanusi Junid.

Sebagai bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, saya dengan rendah diri ingin mengingatkan Datuk Seri bahawa ‘Dalam Politik Kita Tidak Boleh Bertuankan ‘Sesiapa’. Tuan Kita Yang Sebenar Adalah Perjuangan Mengangkat Maruah & Martabat Agama, Bangsa & Negara.’

UMNO lebih penting dari Pak Lah. Orang Melayu boleh kehilangan seribu Pak Lah tetapi Orang Melayu tidak boleh kehilangan UMNO. Kemusnahan UMNO bermakna kemusnahan kepada Bangsa Melayu.

Saya mendoakan semoga Datuk Seri akan menulis dari hati yang tulus dan ikhlas kepada perjuangan UMNO. Kini rakyat boleh menilai perjuangan Datuk Seri melalui apa yang Datuk Seri tulis di dalam Blog ini.

Sekian.

Sayangkan Bangsa Nescaya Kamu Akan Sentiasa Memberikan Yang Terbaik Untuk Bangsa Mu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: