TERDESAK : KERAJAAN @ ANWAR

~MataHatiJohor~ : Beberapa hari ini merupakan hari yang mendebarkan kepada setiap ahli politik, pemerhati politik dan rakyat keseluruhannya yang berminat dengan keadaan semasa politik negara. Pada pandangan penulis, keadaan politik negara selepas PRU12 sesungguhnya adalah semakin buruk.

Bermula dengan kenyataan bersumpah yang telah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin, seorang kerabat diraja yang telah berjaya memecahbelahkan perpaduan bangsa Melayu dan menyemarakkan perasaan permusuhan di kalangan kaum melalui laman webnya Malaysia Today. Akuan Bersumpahnya mendakwa Isteri Timbalan Perdana Menteri berada di lokasi pembunuhan Altantuya bersama dua lagi individu yang tidak disentuh sepanjang siasatan dan perbicaraan kes pembunuhan model dari Mongolia itu.

Debaran pertama adalah berita kononnya 4 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional akan melompat parti dan pengumumannya sepatutnya akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Sebelum sempat pengumuman dilakukan oleh Si Penggila Kuasa ini, seorang lelaki bernama Saiful Bukhari membuat laporan Polis yang mendakwa dirinya telah diLIWAT oleh Si Penggila Kuasa itu. Saiful dalam laporannya mendakwa telah diLIWAT di sebuah kondominium sebanyak 2 kali.

Susulan dari itu, Si Penggila Kuasa telah bersembunyi di Kedutaan Turki dengan alasan untuk melindungi nyawanya setelah mendapat ugutan bunuh. Keluar dari persembunyiannya, Si Penggila Kuasa ini kelihatannya lebih gagah setelah melihat penyokongnya tidak goyah malah lebih taksub terhadap dirinya.
Satu demi satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh rakan-rakan jalangnya dalam Parti Keadilan Rakyat. Rata-ratanya menuduh semuanya yang berlaku ini adalah rekaan pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan. Gambar-gambar Saiful yang juga bekas pemimpin pelajar dari UniTen bersama tokoh-tokoh politik UMNO dan Kerajaan disebaredarkan sebagai bukti bahawa tuduhan liwat ini merupakan satu lagi konspirasi untuk melenyapkan karier politik Si Penggila Kuasa ini.

Seperti biasa kepetahannya berretorik digunakan sepenuhnya dengan mengadakan suatu perhimpunan yang didakwa dihadiri oleh 20,000 penganut fahaman escapism yang begitu terhibur setiap kali mendengar ucapan palsunya. Si Penggila Kuasa ini seperti biasa melaporkan masalah yang dihadapinya kepada BOSS besarnya di Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia diberikan amaran keras agar tidak ‘menganiaya’ kekasih hati Amerika ini.

Pengumuman 4 Ahli Parlimen BN yang ingin melompat parti terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Si Penggila Kuasa juga mendakwa sepatutnya beliau akan mengumumkan untuk bertanding dalam satu Pilihanraya Kecil pada minggu ini tetapi terpaksa juga ditangguhkan.

Setelah melihat sokongan yang kuat dari penyokong-penyokongnya, Si Penggila Kuasa semakin galak dan membuat satu laporan polis yang mendakwa memiliki bukti bahawa Ketua Polis dan Penguam Negara bersekongkol dalam konspirasi menjatuhkannya pada tahun 1998 dahulu.

Terakhir, satu lagi sidang media diadakan bersama Balasubramaniam a/l Perumal, bekas penyiasat persendirian upahan yang pernah digunakan oleh Razak Baginda dalam menangani gangguan dari Altantuya Sharibuu, yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kaitan langsung dalam kes pembunuhan tersebut tetapi tidak dilibatkan secara terancang dalam penyiasatan kes tersebut.
Isu lain yang mendapat perhatian besar (tetapi tidak diperhatikan oleh Pak Lah) adalah pengumuman oleh 2 tokoh utama MCA yang tidak akan mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan tahun ini.

MIC pula tidak habis dengan masalah yang dirancangkan sendiri oleh Presidennya S Samy Vello yang mengarahkan Ketua Pemuda Kebangsaannya meletakkan jawatan. Perletakan jawatan oleh Vigneswaran turut disertai oleh beberapa pemimpin khususnya dari Pemuda MIC Kedah.
Semua peristiwa ini akan pasti menjadi lebih besar dan hebat serta menjadi perhatian utama pada minggu hadapan. Kepada ahli UMNO, apakah yang harus kita perhalusi dari semua peristiwa tersebut?. Apakah benar dakwaan wujudnya konspirasi untuk melenyapkan karier politik Si Penggila Kuasa?. Adakah semua ini telah dirancang sendiri sebagai adegan-adegan drama untuk terus melenyapkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Kerajaan?. Adakah semua episod ini memberikan kesan kepada keutuhan Barisan Nasional?. Apakah pula iktibar yang harus diambil sebagai panduan dalam Pemilihan UMNO yang akan bermula pertengahan Julai ini dan kemuncaknya pada Disember nanti?.

Seperti kata Nabil : Lu pikir lah sendiri…

One Response to “TERDESAK : KERAJAAN @ ANWAR”

  1. zamspotte Says:

    “Kerana masa depan, belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah mengalah” Tun Dr. Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: